Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Untuk Peniaga Shopee: Ini Cara Apply Free Shipping Shopee Yang Anda Perlu Tahu

Oleh Cikgu Shaari • May 5, 2020 • 3 min baca

Untuk Peniaga Shopee: Ini Cara Apply Free Shipping Shopee Yang Anda Perlu Tahu
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Kini Shopee boleh dikatakan portal membeli belah pilihan utama rakyat Malaysia. Dengan servis dan bandingan harga yang memenuhi kehendak ramai, pengguna lebih memilih Shopee berbanding platform e-dagang lain.

Menjadi peniaga di platform Shopee bukanlah semudah yang disangka. Setiap peniaga pasti ada puluhan saingan yang menjual produk yang sama. Jadi bagi memastikan pelanggan memilih produk anda, anda mestilah mempunyai keistimewaan dari peniaga lain. Apa yang anda boleh lakukan adalah menawarkan penghantaran percuma kepada pelanggan.

Bukan pelanggan sahaja tidak perlu bayar kos penghantaran, peniaga juga tidak perlu tanggung kos penghantaran. Dengan penghantaran percuma, potensi pelanggan membeli barang dari kedai anda lebih tinggi. Siapa tak suka penghantaran percuma kan?

Para peniaga boleh mendaftar Shopee Free Shipping Program untuk dapatkan penghantaran percuma ini.

Untuk Peniaga Shopee, Ini Cara Apply Free Shipping Shopee Yang Anda Perlu Tahu

Berikut adalah syarat, kelebihan serta cara mendaftar dengan Shopee Free Shipping Program.

KELEBIHAN SHOPEE FREE SHIPPING PROGRAM

Antara kelebihan Shopee Free Shipping Program ini adalah:

  • Pendaftaran percuma
  • Anda dan pelanggan tidak perlu menanggung kos penghantaran.
  • Drop barang di mana-mana cawangan kurier yang anda pilih
  • Tidak perlu ambil nombor atau beratur di pejabat pos. Terus ke kaunter serahan.
  • Tidak perlu isi borang Poslaju, cuma cetak WayBill sahaja.
  • Dengan menawarkan pengantaran percuma, pelanggan akan membeli dari anda berbanding seller lain.

SYARAT PROGRAM

Untuk membuat permohonan perlulah penuhi syarat seperti berikut:

  • Berat barang harus di bawah 5Kg (3kg untuk DHL dan J&T) untuk Semenanjung Malaysia & di bawah 1Kg untuk Sabah/Sarawak.
  • Seller hendaklah menghantar sendiri barang ke pejabat pos.
  • Setiap penghantaran haruslah disertakan ‘waybill’ yang harus anda cetak.
  • Seller akan bertanggungjawab sekiranya berat barang melebihi syarat 5kg

Perkara yang harus anda sediakan sebelum memohon Shopee Free Shipping Program:

  • Sebuah printer untuk print ‘Waybill’ yang hanya boleh dicetak selepas pembelian dibuat oleh pelanggan.
  • Jika anda memilih PosLaju, ambil Borang PL9 yang boleh didapati di mana-mana cawangan PosLaju.

CARA DAFTAR SHOPEE FREE SHIPPING

1. Pilih Salah Satu Kurier

Layari Shopee Free Shipping Program  dan pilih satu di antara tiga kurier yang ada iaitu Poslaju, DHL atau J&T. Setiap kurier menawarkan kelebihan yang tersendiri.

Untuk Peniaga Shopee, Ini Cara Apply Free Shipping Shopee Yang Anda Perlu Tahu

2. Baca Procedur Dan Klik Sign Up Now

Baca prosedur kurier dan klik “Sign Up Now” untuk mendaftar.

Untuk Peniaga Shopee, Ini Cara Apply Free Shipping Shopee Yang Anda Perlu Tahu

3. Daftar

Anda akan dibawa ke laman mendaftar. Isi maklumat peribadi, tanda pada “I agree to Shopee’s T&C dan tekan “SUBMIT”

Untuk Peniaga Shopee, Ini Cara Apply Free Shipping Shopee Yang Anda Perlu Tahu

4. Semak Pendaftaran Diluluskan Atau Tidak

Untuk mengetahui sama ada permohonan anda lulus atau tidak, anda boleh semak di kedai Shopee anda. Di bahagian ‘My Shipping’. Jika perkataan “Shopee Supported Logistics” sudah terpapar, ini bermakna permohonan anda telah diluluskan.

Untuk Peniaga Shopee, Ini Cara Apply Free Shipping Shopee Yang Anda Perlu Tahu

Sebaik sahaja diluluskan, anda sudah boleh cetak Waybill seperti gambar di bawah. Satu salinan untuk anda selitkan pada parcel, satu lagi serahkan di kaunter pejabat pos.

Untuk Peniaga Shopee, Ini Cara Apply Free Shipping Shopee Yang Anda Perlu Tahu

Siap! Mudah sahaja untuk anda dan pelanggan nikmati pengantaran percuma ini. Selamat mencuba!

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.