Info

Kini Pejabat Pos Dibenarkan Perbaharui Lesen Kenderaan Persendirian

May 5, 2020Oleh eduadmin1 min baca

Pejabat Pos diberi kebenaran oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) untuk menjalankan urus niaga pembaharuan Lesen Memandu Malaysia dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi kenderaan persendirian.

Ini selaras dengan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) olehPerdana Menteri yang membenarkan semua sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan untuk beroperasi semula bermula semalam.

”JPJ memahami rungutan orang ramai berkenaan dengan pembukaan kaunter urusniaga di pejabat JPJ hanya untuk urusan kenderaan perdagangan dan bagi beberapa jenis urusniaga sahaja.

”Sebenarnya, pelaksanaan pembukaan urus niaga bagi kaunter JPJ adalah dilaksanakan secara berperingkat bagi mengurangkan risiko penyebaran wabak pandemik Covid-19 yang melanda negara ini.

”Justeru bagi menyokong kelangsungan ekonomi, pembukaan urus niaga berperingkat ini adalah memfokuskan kepada kenderaan perdagangan ataupun komersial sahaja. Seterusnya, secara beransur-ansur JPJ akan membuka kaunter urus niaga bagi urusan lain termasuk berkaitan dengan kenderaan persendirian,” katanya.

Walaupun begitu, kenderaan persendirian masih tertakluk terhadap pengecualian pembaharuan LKM dan Lesen Memandu dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini (PKP).

Sehubungan itu, orang awam dibenarkan untuk memandu kenderaan jika LKM ataupun lesen memandu telah tamat tempoh dalam waktu PKP ini dengan syarat insurans kenderaan masih berkuat kuasa. – MalaysiaGazette

Topik artikel ini
Info
Ditulis oleh
Profil Penulis

eduadmin

Penulis EduBestari

Penulis di edubestari.com yang berkongsi panduan pendidikan, kerjaya dan maklumat penting untuk membantu pembaca membuat keputusan dengan lebih yakin.

Lihat semua artikel
Edubestari Update Join Channel WhatsApp Info terus ke telefon anda