Resepi Ayam Bakar Madu Ala Pasar Malam Guna 4 Bahan Sahaja
Pasti ramai yang tahu bagaimana enaknya rupa ayam bakar madu pasar malam ini. Lihat saja sudah menyelerakan, apatah lagi apabila makan. Kelazatannya tak terhingga! Sedap juga bila dijadikan juadah berbuka puasa nanti. Marilah kita sama-sama elakkan diri daripada bersesak di bazar Ramadan untuk kurangkan risiko penularan pandemik Covid-19!
Tak susah pun, hanya guna 4 bahan sahaja anda boleh buat sendiri Jom buat sendiri ayam bakar madu di rumah dengan bahan yang sangat mudah. Tambahan lagi pada bulan puasa ini resepi ini pasti membuka selera, anak-anak pun suka.
Berikut adalah resepi untuk membuat ayam bakar madu ala pasar malam.
Isi Kandungan
CARA BUAT AYAM BAKAR MADU ALA PASAR MALAM
Bahan-bahan
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- Serbuk cili babas
- Garam
- Gula @ madu
- Ajimamoto (jika suka)
Cara-cara
Setelah sediakan bahan-bahan di atas, ikuti langkah-langkah berikut:
- Kacau semua bahan biar menjadi pes. (letak air)
- Perap 5-6 jam bersama ayam, lagi lama lagi sedap.
- Bakar separa masak, celupkan semua dalam perapan tadi. Ayam akan kelihatan berkilat dan tak kering.
Mudah kan? Kalau lihat hasilnya juga menyelerakan. Lagi sedap kalau gunakan madu daripada gula kerana kemanisannya lebih asli. Bolehlah tambah resepi baru lagi dalam resepi harian sepanjang PKP ini. Selamat mencuba!