Cara Semak Jumlah Bil Elektrik Kena Bayar, Tak Perlu Daftar Akaun
Selalunya tiba sahaja hujung bulan antara perkara yang kita nanti-nantikan ialah bil elektrik. Namun jangan hairan pula bila bil elektrik tidak tiba di halaman rumah seperti biasa pada musim PKP ini kerana penghantaran bil elektrik secara fizikal dihentikan sepanjang PKP. Harap semua sudah sedia maklum perkara ini.
Namun ada juga yang pernah menghilangkan bil elektrik secara tidak sengaja kerana kebiasannya ia dihantar sewaktu ketiadaan orang di rumah semasa hari bekerja. Sekiranya hal ini terjadi, mula lah gusar kerana mengalami kesukaran dalam melunaskan bayaran bil tersebut.
Baca juga Lupa Nombor Akaun Bank BSN? Ini 5 Cara Dapatkan Semula No Akaun Anda
Jangan risau jika anda ingin tahu bil elektrik anda dalam tempoh PKP ini atau anda kehilangan bil elektrik, anda boleh menyemaknya secara mudah di portal myTNB talian tanpa membuat sebarang pendaftaran.
Ikuti perkongsian di bawah untuk caranya
Isi Kandungan
SEMAKAN BIL TNB ONLINE MELALUI PORTAL MYTNB
Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat semakan bil elektrik TNB secara online menggunakan portal myTNB.
1. Buka myTNB
Anda perlu buka portal myTNB dan klik pada Express Payment untuk semakan jumlah bayaran bil elektrik anda.
2. Masukkan No Akaun Bil Elektrik
Setelah mendapat paparan seperti ini, masukkan nombor akaun bil elektrik anda yang anda boleh dapatkan di resit bil elektrik yang anda pernah terima untuk bulan sebelum ini.
Nombor akaun adalah di sebelah atas kiri di resit bil elektrik anda yang anda terima sebelum ini.
3. Paparan Jumlah Bil
Anda akan mendapat paparan seperti berikut beserta jumlah bil elektrik anda pada bulan semasa. Untuk menghantar resit terus ke emel, anda hanya perlu masukkan emel anda di ruangan yang disediakan.
Jadi itulah jumlah keseluruhan yang anda perlu bayar. Anda boleh terus membuat bayaran di portal tersebut ataupun di 7Eleven berdekatan anda. Pastikan anda membawa resit untuk membuat bayaran di luar. Semoga bermanfaat!