Menu Superfood Sahur, Cuba Gabung Chia Seed dan Kurma. Lihat Bagaimana Anda Akan Rasa Kenyang Nanti

Tibanya bulan Ramadhan ini mula lah tersemat dalam hati setiap umat islam untuk meninggkatkan amal ibadah kerana pahala setiap amal ibadah yang dilakukan akan digandakan. Bukan itu sahaja, bermacam-macam lagi azam yang ingin dicapai orang ramai khususnya kaum wanita.

Antaranya adalah mahu menguruskan badan, mahu “eat clean” dan sebagainya. Maklumlah, bulan ini lah antara peluang untuk berjaya capai hasrat itu. Misi untuk raya katanya! Tetapi apabila kita berpuasa lebih kurang 14 jam setiap hari, badan kita akan mengalami kekurangan air dan vitamin. Perut pun mudah rasa lapar.

Untuk mengatasi masalah ini, ada satu minuman yang boleh diamalkan dan dikatakan membantu membekalkan tenaga ketika puasa iaitu gabungan dua “superfood” Chia Seed dan kurma.

Ikuti resipi yang dipetik dari laman Facebook oleh Puan Zamira Mohammad Ali.

APA KELEBIHAN “SUPERFOOD” (CHIA SEED) + KURMA NI?

Menu Superfood Sahur, Cuba Gabung Chia Seed dan Kurma. Lihat Bagaimana Anda Akan Rasa Kenyang Nanti

Kelebihan campuran chia seed dan kurma yang dijadikan juadah untuk sahur adalah:

  • Rasa kenyang berpanjangan
  • Pelawasan lancar ibarat makan 10 biji betik
  • Kulit glowing berkaca macam makan 10 biji oren sehari
  • Sentiasa muda jelita walaupun dan 4/5 series tanpa botox
  • Gigi cantik dan tulang kuat macam kanak-kanak ribena
  • Miliki rambut beralun bersinar boleh libas-libas macam model
  • Paling penting boleh kurus. Bolehlah pakai baju saiz S!

RESEPI CHIA SEED (SUPERFOOD) + KURMA

Langkah Pertama

Menu Superfood Sahur, Cuba Gabung Chia Seed dan Kurma. Lihat Bagaimana Anda Akan Rasa Kenyang Nanti

Sediakan bahan yang sangat mudah iaitu Chia Seed dan kurma. Chia Seed boleh dapatkan di pelbagai pasaraya. Di Cosway, Tesco, Giant, Watson & Guardian pun ada. Kurma boleh lah guna yang yusof taiyoob dalam kotak tu. Tetapi kurma tidak perlu banyak kerana mudah muak. Dalam 3 biji sudah mengenyangkan. Kalau letak kurma Ajwa lebih sedap! Banyak khasiat kurma ini. Kalau kurma Ajwa, letak 7 biji pun boleh.

Langkah Kedua

Menu Superfood Sahur, Cuba Gabung Chia Seed dan Kurma. Lihat Bagaimana Anda Akan Rasa Kenyang Nanti

Sediakan air kosong dalam 250 ml. Ini bahan yang wajib ada.

Langkah Ketiga

Menu Superfood Sahur, Cuba Gabung Chia Seed dan Kurma. Lihat Bagaimana Anda Akan Rasa Kenyang Nanti

Siat-siatkan kurma itu jadi keping kecil dan jangan buang bijinya. Masukkan dalam air dan rendam sekali dengan biji kurma itu.

Langkah Keempat

Menu Superfood Sahur, Cuba Gabung Chia Seed dan Kurma. Lihat Bagaimana Anda Akan Rasa Kenyang Nanti

Masukkan Chia Seed dalam anggaran 10 gram. Kalau pakai pencedok susu, sukatannya memang 10 gram cukup.

Langkah Kelima

Menu Superfood Sahur, Cuba Gabung Chia Seed dan Kurma. Lihat Bagaimana Anda Akan Rasa Kenyang Nanti

Kacau bagi rata chia seed tadi supaya ia tak bergentel. Kalau nak lagi senang, tutup sahaja bekas tadi dan goncang. Dah siap, simpan dalam fridge.

Langkah Keenam

Menu Superfood Sahur, Cuba Gabung Chia Seed dan Kurma. Lihat Bagaimana Anda Akan Rasa Kenyang Nanti

Dah siap! Lepas simpan dalam fridge semalaman, sedia untuk makan sahur dengan minum campuran chia seed dan kurma ini sahaja. Kalau anda dah ready nak kurus untuk raya ni, bolehlah mulakan diet anda dengan resepi ini sekarang. Yang penting tenaga kekal berpanjangan sepanjang berpuasa. Selamat mencuba!

Sumber

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma