Anda Kena Buang atau Kena Berhenti Kerja? Segera Daftar & Mohon Program Penempatan Semula Pekerjaan Ini
Pandemik COVID-19 yang sedang menyerang dunia termasuk Malaysia merupakan krisis kesihatan yang mengancam kelangsungan dan kesejahteraan hidup masyarakat. Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) menjangkakan krisis COVID-19 akan meningkatkan kadar pengangguran terutamanya dalam sektor perkhidmatan.
Sehingga sekarang, ada yang sudah kena cuti tanpa gaji, ada yang mungkin majikan sudah berkira untuk rombakan bilangan pekerja dan pentadbiran serta pengurusan operasi syarikat masing-masingg selepas ini. Pelaksanaan PKP memberi impak yang besar kepada banyak industri.
Contohnya syarikat Malindo Air memberi sejumlah 70% kakitangannya cuti tanpa gaji. Keuntungan Malaysia Airlines dilaporkan sudah pun merosot kepada 94% semenjak COVID-19 melanda Malaysia. Jadi apabila melihat situasi seperti ini, apa sahaja boleh berlaku.
Melihat kesengsaraan rakyat Malaysia yang terpaksa dibuang kerja, pihak JobsMalaysia telah melaksanakan Program Penempatan Semua Pekerjaan sebagai satu inisiatif untuk memberi peluang pekerjaan kepada sesiapa yang dibuang kerja atau diberhentikan kerja akibat daripada COVID-19.
Berikut adalah maklumat lanjut mengenai program oleh JobsMalaysia beserta cara membuat permohonan.
Isi Kandungan
PROGRAM PENEMPATAN SEMULA PEKERJAAN
Program ini adalah bermotifkan untuk membantu rakyat Malaysia yang dibuang kerja dan kena berhenti kerja oleh majikan masing-masing. Yang bagusnya, pihak JobsMalaysia bersungguh-sungguh untuk membantu rakyat Malaysia untuk mendapatkan kerja baru selepas ini.
Difahamkan mereka akan respon setiap permohonan yang anda hantar dalam tempoh 5 hari bekerja selepas permohonan dihantar. Namun ketika ini, pihak JobsMalaysia menerima permohonan yang sangat banyak. Setiap permohonan akan diusahakan untuk penempatan kerja dan jawatan yang sesuai berdasarkan kekosongan yang ada.
CARA MEMBUAT PERMOHONAN
Semua permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Form yang disediakan oleh pihak JobsMalaysia. Pemohon diminta untuk mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat bagi memastikan permohonan anda diterima dan dinilai sebaiknya oleh majikan. Klik pada pautan yang disediakan di bawah untuk membuat permohonan.