7 Resepi Perapan Ayam Buat Stok Seminggu, Mudah & Sihat! Tinggal Nak Grill Je. Jimat Masa
Impian setiap wanita ingin kurus sebelum tibanya raya. Tambah pula dalam bulan Ramadhan, mula lah para isteri mula fikir nak diet. Namun cuti PKP ni hari-hari kena masak sampai pening nak fikir menu masakan. Kalau boleh, semua orang nak buat menu yang simple tetapi sedap kan.
Bukan senang nak capai hasrat diet bila suami dan anak-anak sentiasa ada di rumah. Maklumlah, macam-macam jenis makanan mereka order! Sampai tak menang tangan para isteri dibuatnya. Bila dah banyak sangat benda nak kena masak, kita pun makan sahaja apa yang dimakan mereka. Terhapuslah hasrat diet tu. Alasannya tak sempat masak makanan diet!
Jika ada yang berhasrat untuk “eat clean” ataupun diet tetapi nak hidangan yang sedap dan mudah dimasak, bolehlah cuba resepi perapan ayam ini. Mudah pun mudah, bila nak makan terus grill je atas pan atau masuk dalam over, Sekejap saja boleh siap.
Sekali proses, 7 jenis perapan boleh buat stok untuk seminggu tau! Ikuti perkongsian di bawah untuk 7 resepi perapan ayam tersebut.
Isi Kandungan
7 RESEPI PERAPAN AYAM UNTUK STOK SEMINGGU
1.Resepi Perapan Ayam Sate
Bahan-bahan:
- bawang putih
- halia
- serbuk cendawan (saya guna sebagai pengganti kiub ayam/ serbuk perasa)
- gula kabung / gula Stevia (yang tak ada boleh tukarkan dengan gula merah / gula biasa)
- serbuk kunyit
- jintan
- ketumbar
- sedikit garam
2. Resepi Perapan Ayam Cili Kering
Bahan-bahan:
- bawang putih
- halia
- serbuk cendawan (boleh gantikan dengan serbuk perasa ayam / kiub lain-lain)
- cili kering potong
- sos cili
- sos tiram
3. Resepi Perapan Ayam Berempah
Bahan-bahan
- bawang putih
- halia
- serbuk cendawan (boleh gantikan dengan serbuk perasa ayam / kiub lain-lain)
- rempah kari
- serbuk jintan
- cili kisar
- sedikit garam
4. Resepi Perapan Ayam Nasi Ayam
Bahan-bahan
- bawang putih
- halia
- serbuk cendawan (boleh gantikan dengan serbuk perasa ayam / kiub lain-lain)
- minyak bijan
- sedikit garam
- kicap manis
5. Resepi Perapan Ayam Hainan
Bahan-bahan
- bawang putih
- halia
- serbuk cendawan (boleh gantikan dengan serbuk perasa ayam / kiub lain-lain)
- minyak bijan
- sedikit garam
6. Resepi Perapan Ayam Black Pepper
Bahan-bahan
- bawang putih
- halia
- serbuk cendawan (boleh gantikan dengan serbuk perasa ayam / kiub lain-lain)
- lada hitam kisar
- sedikit garam
7. Resepi Perapan Ayam Mix Herbs
Bahan-bahan
- bawang putih
- halia
- serbuk cendawan (boleh gantikan dengan serbuk perasa ayam / kiub lain-lain)
- mixed herbs
- cajun
CARA SIMPAN STOK PERAPAN AYAM
Lepas buat perapan ayam untuk stok seminggu, anda boleh simpan perapan tersebut dalam freezer untuk jadikan stok frozen. Nanti kalau nak masak, satu malam sebelum tu keluarkan 1 menu dan letak di bahagian chiller. Senang kan nak masak menu ni?
HASILNYA BILA DAH MASAK
Bila dah masak, beginilah hasilnya.
Sesuai juga menu ni kita jadikan menu untuk bersahur. Mudah dan sihat! tak perlu kelam kabut nak bangun awal baru nak fikir masak apa. Semoga hasrat untuk “eat clean” tercapai. Selamat mencuba!