Bantuan Komputer & Tunai RM200 Buat Pelajar Sekolah Sabah

Berita baik buat pelajar Sabah! Kerajaan Negeri Sabah telah mengumumkan bantuan pelajar Sabah tahun 2021 yang dikenali sebagai Bantuan Tunai Pendaftaran Institusi Pengajian Tinggi (Budi) dan Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (Bakti).

Bantuan ini diberikan kepada pelajar kelahiran Sabah yang melanjutkan pengajian ke IPT dan pelajar sekolah dalam kategori yang layak. Kedua-dua pemberian itu membabitkan peruntukan RM12 juta sebagai bantuan kepada anak-anak Sabah agar dapat meneruskan pembelajaran tanpa masalah kewangan.

Permohonan Bantuan Budi RM2,000 buat pelajar IPT masih dibuka sehingga Oktober 2021. Untuk maklumat lanjut bagi Bantuan Bakti dan Bantuan Ihsan Komputer (Baik), ikuti perkongsian di bawah.

BANTUAN KHAS TUNAI PEPERIKSAAN (BAKTI)

Bantuan Khas Tunai Peperiksaan akan diberikan kepada pelajar sekolah yang memenuhi kriteria berikut:

  • Pelajar-pelajar Warganegara berasal dari Sabah yang mengambil peperiksaan SPM, STPM dan STAM di penghujung tahun 2021
  • Ibu dan bapa atau penjaga dalam golongan B40 dan M40 dengan pendapatan RM5,000 dan ke bawah
  • Pelajar tidak perlu memohon, tapi akan dikenalpasti dan dibayar melalui sekolah masing-masing di seluruh negeri Sabah
  • Bayarannya akan dibuat sebelum peperiksaan berkenaan dilaksanakan (Mei ke atas)

BANTUAN IHSAN KOMPUTER (IHSAN)

Bantuan Ihsan Komputer (IHSAN) akan diberikan kepada pelajar yang memenuhi kriteria berikut:

  • Pelajar-pelajar warganegara berasal dari Sabah yang mengambil peperiksaan SPM, STPM dan STAM di penghujung tahun 2021
  • Ibu dan bapa atau penjaga dalam golongan e-Kasih Miskin Tegar
  • Satu komputer untuk satu Ketua Isi Rumah (KIR)
  • Pelajar tidak perlu memohon, tapi akan dikenalpasti dan diagih melalui sekolah masing-masing di seluruh negeri Sabah

CARA MOHON

Buat masa ini masih tiada maklumat cara membuat permohonan. Namun apa yang dimaklumkan adalah pelajar TIDAK PERLU memohon kerana pihak sekolah akan kenalpasti pelajar yang layak menerima bantuan-bantuan tersebut. Jadi pelajar hanya perlu tunggu makluman pihak sekolah.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi talian berikut:

  • Puan Rosni Leong: 088 369 865
  • Puan Mary: 088 369 890/ 088 369 872
Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma