Guru di Malaysia Tak Makan Gaji Buta, Ini Buktinya Tangga Kedua Di Dunia

Siapa cakap guru di Malaysia makan gaji buta? Jika kita dapat lihat sekarang guru-guru selalu dituding jari jika ada masalah pelajaran berlaku dalam kalangan murid. Tidak kira di media sosial ataupun secara bersemuka guru sering dilemparkan pelbagai tuduhan yang tidak baik.

Namun dalam banyak tuduhan yang dilemparkan kepada golongan guru sampai ada yang minta gaji cikgu dipotong, cakap guru duduk saja dan sebagainya, statistik pula menunjukkan sebaliknya. Apa yang statistik tersebut tunjukkan?

Ini fakta ya. Ini adalah usaha sebenar guru-guru di Malaysia yang banyak orang tidak nampak. Namun statistik dunia tidak pernah menipu.

Ingin tahu kedudukan golongan guru di Malaysia berbanding guru di lebih 200 negara lain? Ikuti perkongsian di bawah.

NOMBOR 2 DARI LEBIH 200 NEGARA

Golongan guru di negara kita mengalahkan banyak negara moden dan yang lebih maju daripada kita. Mereka telah mengalahkan negara yang kononnya memiliki kemajuan paling pesat, teknologi paling canggih dan hebat.

Negara kita berada di tangga kedua paling aktif menggunakan Google Classroom untuk sesi pembelajaran semasa tempoh satu dunia tengah darurat ini. Nampak tak buktinya guru tidak makan gaji buta? Siapa cakap sepanjang PKP ini para guru bercuti.

Guru di Malaysia Tak Makan Gaji Buta, Ini Buktinya Tangga Kedua Di Dunia Guru di Malaysia Tak Makan Gaji Buta, Ini Buktinya Tangga Kedua Di Dunia

Walaupun orang terus berkata-kata perkara yang negatif, dan segelintirnya terus mencerca para guru, mereka terus berkongsi ilmu tanpa jemu dan terus berbakti tanpa henti. Jangan cepat menilai orang kerana kita tidak akan nampak usaha yang dilakukan sebaliknya.

Tahniah kepada semua guru di Malaysia, kalian memang insan yang hebat.

Sumber

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma