Apa Nak Buat Jika Permohonan BPN Tak Lulus Kerana Duplikasi Permohonan?
Sekarang ini mungkin ramai yang masih menantikan saat masuknya wang BPN ke akaun masing-masing. Malah ada yang baru membuat permohonan belum mendapat kelulusan untuk permohonan tersebut.
Permohonan yang dilakukan mungkin akan mendapat status LULUS atau kemungkinan juga TIDAK LULUS. Tetapi jika tidak lulus tidak bermakna anda betul-betul tidak layak untuk menerima bantuan. Kadang-kadang ada yang berlaku duplikasi permohonan atau kesilapan lain yang menyebabkan permohonan tidak diluluskan.
Duplikasi permohonan berlaku apabila pemohon tidak sedar mereka membuat permohonan lebih daripada sekali atau masih membuat permohonan walaupun mereka sudah ada rekod.
Jadi apa yang perlu dilakukan jika permohonan anda TIDAK LULUS? Ikuti perkongsian di bawah.
APA NAK BUAT JIKA TIDAK LULUS?
Jika status permohonan anda TIDAK LULUS anda boleh terus membuat rayuan melalui laman yang sama untuk membuat permohonan. Jika rayuan anda dihantar, anda akan menerima notis MENUNGGU KELULUSAN RAYUAN di bahagian status rayuan anda.
Keputusan kelulusan rayuan akan diumumkan pada bulan MEI 2020
Bagi permohonan yang tidak lulus kerana duplikasi permohonan, anda diminta untuk terus menghubungi LHDN di talian 03-89111000. Jika talian sibuk anda perlu terus mencuba atau boleh juga hantar mesej di Maklum Balas Pelanggan.