Kenali Harumanis Original Sebelum Membeli. Jangan Tertipu

Negeri Perlis, negeri yang paling kecil di negara ini terletak di Semenanjung Malaysia sememangnya sinonim dengan nama harumanis. Harumanis ini sering menjadi sebutan ramai apabila tiba musimnya iaitu pada April hingga Jun.

Kemanisan yang mencapai 23 peratus brix dan keharumannya sangat digemari sama ada dimakan segar, dibuat jus atau dimakan bersama pulut.

Kenali Harumanis Original Sebelum Membeli. Jangan Tertipu

Jom kenali serba sedikit fakta mengenai buah harumanis ini dan kenali ciri fizikal buah harumanis yang original agar tidak tertipu jika ingin membeli.

FAKTA HARUMANIS

Berikut adalah fakta buah harumanis:

  1. Baka mangga terbaik di Malaysia
  2. Digelar harumanis kerana ia mengeluarkan aroma yang harum dan rasanya yang manis
  3. Boleh didapati dalam tempoh sebulan atau sebulan setengah sahaja
  4.  Musim mempelam harumanis adalah pada bulan April dan Mei pada setiap tahun
  5. Telah didaftarkan sebagai harta intelek
  6. Isinya yang tebal kekuningan serta rasanya yang enak dimakan bersama pulut sebagai salah satu sajian tradisi di negeri Perlis
  7. Terdapat Gred yang membezakan beratnya.
    Gred AA atau A+ = Berat 500g ke atas
    Gred A = Berat 350g hingga 500g
    Gred B= Berat 350g
    Gred C = Berat 350g ke bawah

KENALI HARUMANIS YANG ORIGINAL

Kenali ciri-ciri fizikal harumanis original.

1. Berbentuk sedikit gempal atau agak gemuk membulat namun tidak terlalu besar

Kenali Harumanis Original Sebelum Membeli. Jangan Tertipu

2. Hujung ekornya kelihatan bucu yang tidak tajam. Dua lekukan atau bucu

Kenali Harumanis Original Sebelum Membeli. Jangan Tertipu

3. Senang nak kenali sama ada ianya harumanis atau tidak kerana mangga harumanis yang asli akan berbau harum dan manis

Kenali Harumanis Original Sebelum Membeli. Jangan Tertipu

Jika anda sudah kenali ciri-ciri harumanis ini, harap selepas ini akan memudahkan anda untuk membeli mangga elit ini. Sekarang ini memang musim mangga harum ini, jadi pastikan anda beli yang betul-betul original ya untuk nikami keenakannya!

Sumber

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma