Info

UPSR dan PT3 Batal, Tiada Peperiksaan Untuk Anak-anak Tahun Ini

April 15, 2020Oleh eduadmin1 min baca
UPSR dan PT3 Batal, Tiada Peperiksaan Untuk Anak-anak Tahun Ini

KUALA LUMPUR: Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi tahun ini dibatalkan.

Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin, berkata pembatalan UPSR tidak akan menjejaskan penilaian terhadap tahap penguasaan murid, sama juga PT3.

“Memandangkan keputusan UPSR dijadikan satu daripada kriteria pemilihan untuk kemasukan ke sekolah berasrama penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Maktab Tentera Diraja (MTD), Kementerian Pendidikan (KPM) akan memperkenalkan kaedah baharu bagi tujuan ini yang tidak hanya tertumpu kepada prestasi akademik semata-mata,” katanya pada sidang media, hari ini.

Beliau berkata, satu kaedah baharu untuk PT3 akan diperkenalkan.

“Keputusan yang diperoleh dari kaedah ini akan dijadikan satu daripada kriteria pemilihan untuk kemasukan ke sekolah-sekolah khusus seperti sekolah berasrama penuh dan sekolah teknik,” katanya.

Topik artikel ini
Info
Ditulis oleh
Profil Penulis

eduadmin

Penulis EduBestari

Penulis di edubestari.com yang berkongsi panduan pendidikan, kerjaya dan maklumat penting untuk membantu pembaca membuat keputusan dengan lebih yakin.

Lihat semua artikel
Edubestari Update Join Channel WhatsApp Info terus ke telefon anda