Awas Pengguna iPhone! Jangan Klik Notification Calendar Begini Jika Tak Nak Wang Dalam Akaun Bank Anda Hilang
PERHATIAN IPHONE USER! Buat semua pengguna iPhone, berhati-hati jika anda menerima notifikasi yang mencurigakan daripada ‘CALENDAR’ setting iPhone anda. Ya kenapa pula?
Untuk makluman, zaman sekarang ini pelbagai cara scammer buat kerja, bijak pulak tu caranya sehinggakan kita sendiri tidak boleh terfikir yang sebenarnya itu scammer. Ya kita memang tak akan perasan jika dah masuk dalam “game scammer”.
Baca: Taktik Scammer Terkini Yang Anda Perlu Tahu
Buat anda yang tidak mahu kehilangan wang dalam akaun bank, pastikan anda ALERT dengan perkongsian ini.
Isi Kandungan
JANGAN KLIK JIKA ANDA DAPAT NOTIFIKASI BEGINI
Jika anda menerima notifikasi seperti di bawah, jangan klik atau klik masuk ke notifikasi tersebut. Ini kerana iPhone tidak akan menghantar sebarang notifikasi ke iPhone pengguna tanpa kebenaran dari pengguna.
Ia semudah itu. Ini kerana ia melibatkan privacy anda sebagai pengguna. Jadi jangan mudah percaya dengan notifikasi seperti di bawah.
Mesej yang biasa dihantar adalah daripada ‘CALENDAR” dan mereka akan menghantar satu link kepada kita untuk memperdaya kita membuka link tersebut. Jangan sesekali membuka link yang kita tidak tahu dari mana sumber penghantarnya.
RAMAI PENGGUNA IPHONE DAH TERKENA
Ramai rupanya pengguna iPhone sudah terkena dengan scammer ini. Ini sebahagian dari info pengguna iPhone.
APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN?
Jika anda juga salah seorang yang menerima notifikasi berikut, jangan klik! Jadi apa yang perlu anda lakukan?
Anda perlu padam notifikasi tersebut di dalam setting iPhone anda secepat mungkin. Ini caranya.
1.Buka Setting Di iPhone Anda
2. Pilih Password & Account
3. Pilih Subscribed Calendars
4. Pilih Click Subscribe
5. Pilih Delete Account
Siap! Selesai anda Delete Account, semua notifikasi dan mesej yang diterima akan dipadam terus. Jika anda cek di dalam Calendar iPhone anda juga link tersebut sudah dipadam sepenuhnya. Jangan anda simpan link tu lama-lama! Jangan pula sengaja tekan sebab nak cuba lihat apa ada dalam link itu.
Jangan hairan kalau duit dalam akaun bank berkurang selepas terklik link di notifikasi itu. Cegah sebelum terlambat! Kongsikan juga kepada rakan-rakan dan ahli keluarga sebagai tanda anda ambil berat. Semoga bermanfaat!