5 Persediaan Menyambut Bulan Ramadhan Yang Bakal Tiba Agar Lebih Diberkati

Setiap kali Ramadhan akan tiba, semua umat Islam pasti tidak sabar untuk menyambutnya kerana pada bulan inilah peluang kita membuat sebanyak amalan yang boleh. Bulan Ramadhan ini merupakan bulan yang paling banyak amal timbangnya kerana merupakan bulan penuh keberkatan dan paling mulia disisi Allah SWT.

Ramai yang terpusu-pusu ingin melakukan amal pada bulan mulia ini. Sebagai persediaan menjalani bulan penuh barakah ini, ini adalah perkongsian mengenai 5 amalan mudah yang boleh kita lakukan untuk menghadapi bulan Ramadhan agar Ramadhan anda lebih diberkati.

5 PERSEDIAAN MENGHADAPI BULAN PUASA

1Perbanyakan Doa & Taubat

Kita semua tahu betapa berkatnya apabila berdoa pada bulan yang mulia ini tambahan pada waktu selepas sahur dan sebelum berbuka.

Berdoalah sentiasa agar kita dipanjangkan umur untuk dipertemukan dengan bulan Ramadhan dan dikurniakan kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah puasa dengan sempurna. Perbanyak taubat, jauhi maksiat dan senantiasa berdoa agar dosa-doa kita diampunkan dan dapat menjalani ibadah puasa dengan hati yang bersih.

Antara doa yang boleh diamalkan ialah:

“Allahumma bariklana fii rajab wa sya’ban wa balighna Ramadhan”

“Ya Allah, berkahilah kami pada bulan Rajab, Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan” (HR. Ahmad dan Thabrani).

2 Persiapan Fizikal & Mental

Ibaratnya ingin menyambut tetamu yang sangat istimewa, seisi rumah haruslah dalam keadaan yang juga istimewa. Minta seluruh ahli keluarga untuk menjaga kesehatan mereka, salah satunya dengan memperbanyakkan pemakanan sehat dan bergizi.

Latih diri dan keluarga untuk berpuasa dengan berpuasa sunnah. Tingkatkan jadwal tadarrus Al-Qur’an dan biasakan anak bangun lebih awal (sejam atau setengah jam sebelum subuh) dengan mengajaknya solat bersama.

3 Persiapan Harta

Mulailah dari sekarang menghitung zakat mal keluarga kita dan seboleh mungkin membayarnya pada awal Ramadhan. Jangan tunggu sehingga penghujung Ramadhan. Jika ada rencana mengadakan buka puasa bersama dengan mengundang jiran dan rakan-rakan, mulailah persiapkan agenda dan bajet untuk ini.

Ajar anak-anak untuk mulai menabung dari sekarang untuk rencana bersedekah pada bulan Ramadhan nanti.

4 Eratkan Hubungan Silaturahim

Ini merupakan masa yang sesuai untuk memperkukuhkan hubungan silatulrahim dan bermaaf-maafan dengan kedua ibu bapa, suami/isteri, adik-beradik, sahabat handai dan mereka yang dimusuhi.

5 Tingkatkan Ilmu Agama

Dalami ilmu agama terutamanya yang berkenaan dengan puasa contohnya hukum-hakam dan fadhilatnya. Jika ada kemusyikilan, jangan malu atau segan untuk merujuk kepada mereka yang lebih arif contohnya Ustaz.

Insya-Allah dengan persediaan yang kita amalkan akan lebih diberkati puasa kita. Gunakan masa semasa PKP ini sepanjang bulan Ramadhan untuk mengejar amalan.

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dalam keadaan penuh keimanan dan “ihtisab” , maka akan diampunkan baginya dosanya yang terdahulu, dan barangsiapa menghidupkan malam al Qadr (Lailatul Qadar) dalam keadaan penuh keimanan dan “ihtisab” , maka akan diampunkan baginya dosanya yang terdahulu.” (Abu Dawud: 1372)

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Barangsiapa berpuasa Ramadhan karena iman dan mengharapkan pahala, diampuni dosanya yang telah lalu.” (Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim).

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda menyiapkan diri menghadapi bulan Ramadhan. Semoga kita semua dikurniakan ganjaran yan besar di dalam bulan Ramadhan nanti.

Sumber

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma