Panduan Penilaian Masa Larian Untuk Pemeriksaan Fizikal Dan Ujian Kecergasan Fizikal Bagi Jawatan PDRM

Pemeriksaan Fizikal dan Ujian Kecergasan Fizikal merupakan satu ujian di mana fizikal dan pancaindera calon pekerja diuji oleh penilai berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Ujian ini dijalankan bertujuan untuk menyaring calon yang layak menjawat jawatan dari segi fizikal dan kecergasan diri.

Bermula tahun 2023 dan bagi tahun yang seterusnya, PDRM telah menetapkan calon-calon yang telah berjaya melepasi Pemeriksaan Fizikal dan Ujian Kecergasan Fizikal wajib menjalani larian 2.4KM bagi semua jawatan yang ditawarkan oleh pihak PDRM.

Nak tahu panduan penilaian masa larian 2.4 KM bagi calon lelaki dan wanita bagi menjawat jawatan PDRM, ikuti perkongsian di bawah.

PANDUAN PENILAIAN MASA LARIAN CALON PDRM

Setiap calon lelaki dan wanita WAJIB melepasi penilaian masa larian seperti yang ditetapkan bagi melayakkan diri ke peringkat tapisan berikutnya.

Di bawah adalah Panduan Penilaian Masa Larian 2.4KM bagi calon lelaki dan wanita:

Anda rabun tetapi berminat sangat nak jadi salah seorang anggota PDRM, layak ke? Boleh!

Baca: Rabun, Tapi Berminat Kerja Polis Atau Badan Beruniform? Ini Cara Lepas Ujian Penglihatan

TIPS PERSEDIAAN

Berikut adalah beberapa tips persediaan untuk calon yang bakal menghadapi Ujian Fizikal SPA:

  • Dapatkan berat badan ideal dengan BMI tidak kurang atau tidak melebihi daripada yang ditetapkan
  • Belajar cara untuk berkawad untuk persediaan walaupun tiada makluman calon akan diuji dengan berkawad. Kemungkinan calon akan diuji.
  • Banyakkan berlatih untuk mendapatkan kekuatan fizikal dan stamina
  • Jangan terlalu pandang rendah dengan ujian fizikal
  • Banyakkan latihan larian setiap hari untuk kuatkan stamina
  • Fokus dan buat yang terbaik semasa ujian

Rujuk: Senarai Jawatan SPA Yang Ada Ujian Fizikal & Pancaindera Serta Syarat Lulus Ditetapkan

Semoga sedikit sebanyak perkongsian pengalaman dan tips persediaan Ujian Fizikal ini dapat membantu para calon yang akan menghadiri Ujian Fizikal nanti. Apa yang paling penting adalah buat persediaan secukupnya. Jangan tunggu saat akhir baru nak buat persediaan!

Baca juga: Senarai Jawatan SPA Yang Ada Ujian Fizikal & Pancaindera Serta Syarat Lulus Ditetapkan

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma