5 Perkataan Pantang Larang Yang Jangan Sesekali Disebut Dalam Temuduga
Pernah terfikir tak ada pantang larang sebut beberapa perkataan semasa temuduga? Pasti ramai calon tak sedar! Sebenarnya ada beberapa perkaraan yang bakal majikan atau penemuduga tak suka dengar dari calon semasa temuduga. Mungkin kita nampak biasa sahaja perkataan tersebut , tetapi sebenarnya boleh membuatkan penemuduga memberi pandangan yang tak baik kepada kita.
Jika anda yang lulus dan beri tanggapan yang baik semasa temuduga, pastikan anda ambil tahu dan elakkan dari menggunakan perkataan-perkataan pantang larang ini ya!
Ikuti perkongsia di bawah untuk ketahui 5 pertakataan pantang larang yang jangan sesekali disebut dalam temuduga kerja.
Isi Kandungan
5 PERKATAAN PANTANG LARANG DALAM TEMUDUGA
Bagi calon yang ingin lulus dengan baik semasa interview nanti, elakkan daripada menggunakan salah satu daripada 5 perkataan ini iaitu:
1) Taksub/ Obsesif
Kalau anda nak tahu, perkataan taksub/obsesif ini merupakan satu perkataan yang menunjukkan maksud yang negatif walaupun untuk menunjukkan bahawa anda seorang yang sangat bersemangat dalam pekerjaaan.
Gantikan dengan:
Sebaliknya gantikan dengan perkataan seperti fokus, suka bekerja, berdedikasi dan sangat berkomitmen dalam pekerjaan. Ia bertujuan agar penemuduga tidak salah faham dengan jawapan yang anda berikan serta tidak merasa pelik dengan anda. Risau jugak nanti majikan ragu-ragu pula dengan anda!
2) Disenangi/Likeable
Perkataan ini akan menunjukkan bahawa seolah-olah anda sebenarnya tidak boleh bekerja dengan orang lain. Jadi, elakkan daripada menyebut perkataan ini tanpa kenyataan untuk menyokong perkataan disenangi. Kadangkala bakal majikan menganggap anda seperti memuji diri sendiri pula.
Gantikan dengan:
Sebaliknya gantikan dengan perkataan seperti bekerjasama, satu kumpulan dan bersemangat. Atau anda juga boleh menyatakan bahawa anda seronok berkerja dengan rakan-rakan sekerja sehingga semua projek yang diberikan mempunyai keputusan yang sangat cemerlang.
3) Berjaya
Jangan asyik-asyik sebut anda seorang yang berjaya dalam keputusan, dalam projek dan sebagainya. Elakkan daripada menggunakan perkataan berjaya sekiranya diminta untuk menceritakan tentang pengalaman bekerja anda. Risau nanti skill yang ditunjukkan tidak sama seperti yang anda ceritakan pula.
Gantikan dengan:
Ceritakan sahaja kemahiran dan pengalaman terbaik daripada anda dan rakan-rakan sekerja sehingga projek yang diberikan mencapai kehendak majikan.
Fokus sahaja kepada kemahiran dan pengalaman anda kerana perkara ini sangat-sangat menarik perhatian majikan untuk mengambil anda menjawat jawatan tersebut.
4) Sangat Bijak/Intelligent
Tak perlu nyatakan bahawa anda seorang yang sangat bijak berbanding orang lain ketika bekerja. Macam anda seorang pula yang tahu buat semua kerja dan menunjukkan bahawa anda hanya mahu bekerja seorang diri sahaja.
Gantikan dengan:
Sebaliknya nyatakan bahawa anda seorang yang cepat belajar sesuatu ilmu yang baharu, suka berfikir diluar kotak, suka perkara yang logik, bertukar pendapat dengan rakan-rakan yang lain dan suka mencari ilmu yang baharu.
5) Rendah Hati/Humble
Tak perlu memuji diri sendiri seorang yang merendah diri kerana ia ibarat anda angkut bakul sendiri pula. Elakkan daripada menggunakan perkataan ini jika ingin menggambarkan diri anda ya!
Gantikan dengan:
Cakap sahaja apa yang anda lakukan, kesannya dan feedback yang anda dapati sepanjang anda selesaikan projek yang diberikan oleh majikan. Biar penemuduga sendiri menilai siapa diri anda.
Yang penting disini, tonjolkan kemahiran dan pengalaman anda!