11 Fokus Kementerian Pendidkan Tinggi Sepanjang Tahun 2023
YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi telah menyampaikan amanat tahun 2023 beliau yang menggariskan perancangan, agenda dan hala tuju baharu KPT di Dewan Za’ba pada Januari 2023.
Amanah yang diberikan oleh kerajaan untuk beliau kembali menggalas jawatan tersebut menjadi iltizam dalam usaha memulihkan kembali kepercayaan rakyat Malaysia kepada sistem pendidikan tinggi negara, ujar YB Dato’ Seri Mohamed Khaled.
Justeru, beliau telah menggagaskan 11 aspirasi yang bakal menjadi tonggak dalam usaha dan panduan melonjakkan sektor pendidikan Malaysia agar lebih berkualiti dan diiktiraf seantero dunia.
Isi Kandungan
11 FOKUS KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
Berikut adalah 11 fokus utama yang disebutkan oleh YB Menteri Pendidikan Tinggi:
1) Membangun Negara Madani
Penubuhan Jawatankuasa Menyemak dan Mengkaji Semula Dasar Pendidikan Tinggi Nasional.
2) Bersikap Profesional, Adil, Objektif dan Tidak Politikal
Memperkemas fungsi dan peranan Akademi Kepimpinan Negara (AKEPT)
3) Menilai KPT Dari Sudut Kemampuan, Prestasi dan Misi Mada Hadapan
Gagasan penubuhan unit PEMANDU atau LAKSANA bagi memastikan perancangan strategik dilaksana dan menepati sasaran
4) Memperkukuh Kekuatan Sumber Intelektual Malaysia
Pemerkasaan bakat akan dilipat gandakan melalui penambahan pelaburan dalam latihan pasca siswazah, kedoktoran dan kepakaran khusus.
5) Membuat Persediaan Mengurus Pelbagai Perubahan dan Ledakan Teknologi
Penyediaan satu Kertas Putih tantang “A New Horizon for Science, Technology and Innovation”
6) Memperkukuh Peranan Malaysia Sebagai Titik Temu Yang Menarik Kedatangan Pelajar, Penyelidik Dan Bakat Global
Malaysia perlu menjadi hab bakat dan pengetahuan atau pusat ilmu sejagat.
7) Melakukan Rombakan Besar-besaran Terhadap Sistem dan Ekosistem TVET Nasional
Negara memerlukan lebih ramai individu yang mempunyai kemahiran dan kecekapan teknologi yang bersifat “kalis masa depan”
8) Memastikan Kepentingan IPTS dalam Sektor Pendidikan Tinggi
Membantu IPTS melebarkan pengaruh pendidikan tinggi ke seluruh dunia melalui pembukaan pelbagai cawangan dan kampus luar pesisir
9) Kualiti dan Kecemerlangan Akademik
Pelajar mesti dilengkapkan dengan kepintaran mengurus manusia dan kebijaksanaan mengurus teknologi
10) Memperbaiki Akses dan Rejim Pembiayaan Pendidikan
Meneroka ruang pendidikan anjal serta mengkaji kesesuaian menjadikan PTPTN sebuah tabung amanah nasional
11) Pemerkasaan Mahasiswa
Mahasiswa akan diberikan lebih banyak kuasa, kebebasan, tanggungjawab dan ruang membuat keputusan melalui gerakan pelajar dan “student union”
Semoga bermanfaat!