Permohonan Kemasukan Program Sarjana Pendidikan UKM Eksekutif Ambilan 2021

KSBB merupakan Pengurus Program Sarjana Pendidikan UKM melalui Pusat Kembangan Pendidikan (PKP) UKM. Sekiranya anda berminat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana (Master) dalam bidang pendidikan, anda dipelawa untuk memohon Kemasukan Program Sarjana Pendidikan UKM Eksekutif ambilan 2021 yang ditawarkan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut mengenai program pengajian yang ditawarkan.

OBJEKTIF PROGRAM

Antara objektif program ini menawarkan kemasukan kepada pelajar adalah bagi:

  • Meningkatkan akses kepada pendidikan tinggi pasca ijazah pertama kepada para pendidik dan pegawai pendidikan dengan kos yang berpatutan
  • Menawarkan program sarjana pendidikan kepada para pendidik dan pegawai pendidikan tanpa perlu memohon cuti pengajian
  • Meningkatkan penguasaan pengetahuan asas dan kemahiran khusus yang relevan dalam bidang pendidikan
  • Meningkatkan kemampuan dan kebolehan penyelidikan berasaskan sekolah

PILIHAN LOKASI PENGAJIAN

Pemohon diberi pilihan untuk membuat pilihan lokasi pengajian berikut:

  • Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi
  • Institut Pendidikan Guru Kota Samarahan (IPTAR)
  • Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu (IPGKB) Kelantan
  • University College Sabah Foundation (UCSF), Kota Kinabalu

KAEDAH PELAKSANAAN PROGRAM

Kaedah pelaksanaan program adalah seperti berikut:

Struktur: Kerja Kursus & Projek Penyelidikan

Kerja Kursus

  • 5 Kursus Teras Fakulti (13 Unit)
  • 5 Kursus Pengkhususan (15 Unit)
  • 2 Kursus Pilihan (6 Unit)

Projek Penyelidikan

  • Kertas Projek I (3 Unit)
  • Kertas Projek II (3 Unit)

KURSUS YANG DITAWARKAN

Pemohon boleh membuat pilihan untuk memohon salah satu kursus yang ditawarkan berikut:

  1. Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL)
  2. Kurikulum dan Pedagogi
  3. Pendidikan Khas
  4. Pendidikan Bahasa Melayu
  5. Pendidikan Islam
  6. Pendidikan Sains
  7. Pendidikan Perniagaan dan Keusahawanan
  8. Pengurusan Sukan
  9. Pentadbiran Pendidikan
  10. Sosiologi Pendidikan
  11. Pendidikan Sejarah
  12. Pendidikan Matematik
  13. Psikologi Pendidikan
  14. Pendidikan Prasekolah
  15. Penilaian dan Pengukuran
  16. Pendidikan Ekonomi
  17. Pendidikan Bahasa Arab
  18. Pendidikan Sumber dan Teknologi Maklumat
  19. Pendidikan Komputer
  20. Pendidikan Sastera

Nota:- Kursus TESL hanya ditawarkan di pusat UKM, Bangi dan Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak (IPGKTAR)

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Berikut adalah antara dokumen yang perlu disertakan untuk membuat permohonan:

  •  Borang Permohonan yang LENGKAP diisi. (Borang yang TIDAK LENGKAP tidak akan diproses)
  • Sekeping gambar berukuran Pasport. (Lekatkan dalam borang permohonan)
  • Salinan slip deposit bank bagi bayaran pemprosesan sebanyak RM 50.00
  • Salinan SIJIL IJAZAH SARJANA MUDA/DIPLOMA dan TRANSKRIP IJAZAH SARJANA MUDA/DIPLOMA yang telah disahkan benar

CARA MEMOHON

Sekiranya anda berminat untuk memohon kemasukan ke Program Sarjana Pendidikan UKM Eksekutif, anda boleh membuat permohonan sebelum  tarikh tutup iaitu 31 Disember 2020. Bayaran proses permohonan sebanyak RM50.00 boleh dilakukan dengan cara:

1) Bankdraft atas nama PUSAT KEMBANGAN PENDIDIKAN

ATAU

2) Pindahan wang ke akaun Maybank – Koperasi Siswazah Bangi Berhad: 5622 6352 4364

Sediakan semua dokumen yang disenaraikan di atas beserta bukti pembayaran dan hantar permohonan secara POS atau EMAIL.

Secara Pos

Kepilkan slip bayaran bersama dokumen yang di pos. Borang permohonan dan dokumen perlu dihantar ke alamat berikut:

  • Koperasi Siswazah Bangi Berhad
    Paras 1, Bangunan Pentadbiran
    Kolej Keris Mas, 43600
    Universiti Kebangsaan Malaysia
    Bangi, Selangor

Secara Email

Borang permohonan beserta dokumen dalam BENTUK PDF perlu diemailkan ke alamat berikut:

  • ukmsarjana@gmail.com

Download borang permohonan kemasukan di bawah.

BORANG PERMOHONAN PROGRAM SARJANA PENDIDIKAN UKM

*Pemohon yang buat permohonan sebelum 31 Oktober 2020 ditawarkan Tablet PERCUMA.

Permohonan Kemasukan Program Sarjana Pendidikan UKM Eksekutif Ambilan 2021

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma