Cara Mohon Jawatan Kosong Di Jabatan Alam Sekitar Terbuka Buat Graduan
Jabatan Alam Sekitar kini membuka peluang kerjaya sebagai Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C41 calon berkelayakan dan lepasan Ijazah Sarjana Muda yang berminat.
Sekiranya anda seorang Warganegara Malaysia yang cukup syarat kelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan, anda dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan tetap atau kontrak yang diiklankan.
Jangan lepaskan peluang ini, dapatkan info lanjut jawatan yang ditawarkan dan panduan membuat permohonan di bawah.
Isi Kandungan
MAKLUMAT JAWATAN
- Nama Majikan: Jabatan Alam Sekitar
- Jawatan: Pegawai Kawalan Alam Sekitar C41
- Tarikh Tutup Permohonan: 6 Februari 2023
- Bilangan Kekosongan: 4 kekosongan & 30 simpanan
SYARAT LANTIKAN
Calon lepasan SPM yang memenuhi syarat lantikan berikut adalah dialu alukan untuk memohon jawatan:
- Warganegara Malaysia; dan
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang ekologi, fizik, kimia hayat, kaji hayat atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred C41 : RM2,317.00); atau - ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang alam sekitar atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred C41 : RM2,420.23); atau - ijazah sarjana muda kejuruteraan awam, mekanikal, kimia atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred C41 : RM2,524.01).
DESKRIPSI TUGAS
Bertanggungjawab melaksanakan aktiviti penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya dan Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Menilai pencapaian program penguatkuasaan Akta-akta tersebut.
CARA MOHON JAWATAN MELALUI SPA9
Langkah 1
Log masuk ke laman spa9.spa.gov.my. Sekiranya anda masih belum mendaftar akaun sistem permohonan SPA9, baca:
- Dah Ada Akaun SPA8i, Ini Cara Daftar SPA9 & Dapatkan ID Baru Untuk Log Masuk
- Cara Daftar Akaun Baru SPA9 Bagi Yang Belum Pernah Daftar SPA8i Atau Akaun Tamat Tempoh
Langkah 2
Pergi ke bahagian Maklumat Pemohon dan klik Jawatan Dimohon
Langkah 3
Pergi ke bahagian SPM/Setaraf . Pilih jawatan Pembantu Tadbir (Pengkeranian/ Operasi) di bahagian pilihan jawatan. Klik +Tambah.
*Maksimum jawatan yang boleh dimohon ada 15 sahaja.
Langkah 4
Jawatan yang dipilih akan ditambah di bahagian Jawatan Pilihan. Klik Seterusnya
Langkah 5
Senarai jawatan dimohon dan maklumat lengkap anda akan dipaparkan untuk pengesahan. Jika semua maklumat betul, klik Seterusnya.
Langkah 6
Baca perakuan pemohon seperti yang tertera dan tick pada kotak SETUJU jika anda setuju. Klik HANTAR.
Slip Akuan Pendaftaran Permohonan Jawatan SPA akan dipaparkan yang mengandungi maklumat anda beserta senarai jawatan yang dimohon. Sila simpan dan cetak Slip Pendaftaran untuk kegunaan pada masa akan datang (terutama bagi bekas pelajar tajaan biasiswa).
Untuk elakkan anda melakukan kesilapan semasa permohonan jawatan di SPA, baca 6 Sebab Calon Masih Tidak Mendapat Panggilan SPA.
Selamat memohon!
IKLAN JAWATAN
Rujuk iklan jawatan kosong seperti yang ditawarkan: