Semakan & Permohonan

Permohonan Bantuan Pakaian Sekolah Anak Asnaf Muallaf Tahun 2023 Dibuka

January 13, 2023Oleh Cikgu Shaari1 min baca

Sukacita dimaklumkan bahawa, pihak Balai Islam telah membuka permohonan Bantuan Pakaian Sekolah kepada Asnaf Muallaf yang bermastautin dan menetap di negeri Melaka serta mempunyai anak-anak yang sedang atau akan memasuki alam persekolahan bermula dari Darjah Satu sehingga Sekolah Menengah pada tahun 2023.

Permohonan yang telah lengkap di isi dan lulus adalah berdasarkan kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Agihan Bantuan Maim dan Peruntukan Belanjawan Tahun 2023 Maim.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran bantuan dan panduan permohonan bantuan.

TEMPOH PERMOHONAN

Permohonan Bantuan Pakaian Sekolah Anak Asnaf Muallah dibuka secara atas talian sehingga:

  • Tarikh tutup: 2 Februari 2023

SYARAT KELAYAKAN

Tawaran adalah terbuka kepaca pemohon yang berkelayakan seperti berikut:

  • Terbuka kepada semua asnaf MUALLAF yang menetap di negeri Melaka
  • Mempunyai anak yang bersekolah daripada Darjah SATU hingga Sekolah Menengah pada tahun 2023

CARA MOHON

Permohonan bantuan boleh dibuat secara atas talian dalam tempoh permohonan dibuka. Lengkapkan borang permohonan di pautan berikut:

BORANG PERMOHONAN BANTUAN PAKAIAN SEKOLAH 

Permohonan yang dibuat selepas dari tarikh tutup adalah berdasarkan budi bicara pihak Maim dan Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Agihan Bantuan Maim. Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi Bahagian Balai Islam di talian 06 3372873.

Topik artikel ini
Semakan & Permohonan
Ditulis oleh
Profil Penulis

Cikgu Shaari

Penulis Pendidikan & Kerjaya

Dikenali dengan gaya penulisan yang mudah difahami dan memberi inspirasi, Cikgu Shaari berkongsi pelbagai panduan pendidikan dan kerjaya di edubestari.com. Beliau percaya bahawa pendidikan adalah kunci utama kejayaan dan perubahan masa depan.

Lihat semua artikel
Edubestari Update Join Channel WhatsApp Info terus ke telefon anda