Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Waspada Mesej Penipuan Scammer Kononnya Dari LHDN Berkenaan BPN. LHDN Hanya Menggunakan Nombor 62000 atau 63833 Sahaja

Oleh Cikgu Shaari • April 4, 2020 • 1 min baca

Waspada Mesej Penipuan Scammer Kononnya Dari LHDN Berkenaan BPN. LHDN Hanya Menggunakan Nombor 62000 atau 63833 Sahaja
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah memaklumkan bahawa semua penerima Bantuan Prihatin National (BPN) akan menerima SMS atau emel secara berperingkat mulai 01 April 2020 berkenaan pemakluman kelayakan menerima BPN tersebut.

Dalam kesempatan ini, ada juga individu yang tidak bertanggungjawab menyamar sebagai pihak LHDN dan menghantar SMS kepada mangsa sama seperti SMS dari LHDN dan meminta maklumat peribadi mangsa.

PERINGATAN!

Adalah diingatkan kepada semua, pastikan SMS yang diterima adalah dari nombor 62000 atau 63833 SAHAJA. Jika anda menerima SMS yang sama dari nombor lain, itu adalah bukan LHDNM. Pihak LHDNM tidak akan meminta maklumat peribadi dan perbankan menerusi SMS.

Berikut adalah contoh SMS dari LHDNM yang betul.

Waspada Mesej Penipuan Scammer Kononnya Dari LHDN Berkenaan BPN. Jangan Dedahkan Maklumat Peribadi

JANGAN JADI MANGSA!

Berikut adalah peringatan dari pihak LHDNM supaya rakyat tidak menjadi mangsa penipuan kewangan dan percukaian:

  • Jangan dedahkan maklumat suulit kewangan dan percukaian kepada mereka yang diragui statusnya.
  • Jangan beri maklum balas sekiranya menerima sebarang panggilan telefon, SMS, emel atau surat yang meragukan.
  • Dapatkan pengesahan LHDNM melalui borang maklum balas atau hubungi Hasil Care Dine di 03-8911 1000.

Waspada Mesej Penipuan Scammer Kononnya Dari LHDN Berkenaan BPN. Jangan Dedahkan Maklumat Peribadi

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.