Tawaran Program Laluan Pantas (Fast Track) SPM Huffaz Negeri Selangor
Program Laluan Pantas (Fast Track) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Huffaz Negeri Selangor tahun 2023 merupakan program kerajaan negeri Selangor yang diurusetiakan oleh Bahagian Pendidikan Islam Selangor (JAIS) dengan kerjasama Persatuan Institusi Tahfiz Negeri Selangor (PITAS).
Program ini merupakan satu saranan Y.A.B Dato’ Menteri Besar Selangor supaya mewujudkan kelas tuisyen sekurang-kurangnya sebuah di setiap daerah negeri Selangor untuk memberi ruang murid-murid institusi tahfiz persendirian/ swasta menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program ditawarkan dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
SYARAT PERMOHONAN
Permohonan dibuka kepada calon yang berkelayakan seperti berikut:
- Murid warganegara Malaysia
- Sedang atau pernah menuntut di institusi tahfiz di negeri Selangor yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor
- Telah menghafaz sekurang-kurangnya 10 Juzu’ al-Quran
MATA PELAJARA WAJIB DIAMBIL
Antara mata pelajaran yang wajib diambil adalah:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Pendidikan Islam
- Matematik
- Sains
- Sejarah
- Bahasa Arah
- Tasawwur Islam
CARA MOHON
Permohonan bagi calon yang berkelayakan mestilah dibuat secara dalam talian sebelum tarikh tutup permohonan, iaitu 28 Januari 2023 (Sabtu). Permohonan pendaftaran boleh dibuat melalui pautan berikut:
Untuk maklumat lanjut atau sebarnag pertanyaan, anda boleh terus hubungi pegawai bertugas di talian yang dinyatakan di dalam iklan tawaran berikut: