Jangan Terpedaya Kerja Haram: Risiko Keldai Akaun, Scammer & Gaji Lumayan Palsu Yang Ramai Tak Sedar •Calon Temuduga Guru Wajib Tahu: Jangan Terlalu Fokus Fail Sampai Abaikan Persediaan Sebenar •Malaysia MADANI: Maksud, 6 Tonggak KEMAHI & Kepentingan Kepada Calon Guru •Perbezaan PDPP vs CoS: Ramai Masih Keliru, Ini Penjelasan Paling Mudah Faham •Semakan & Rayuan Tingkatan 6 2026: Tarikh Penting, Cara Semak & Panduan Lengkap • Jangan Terpedaya Kerja Haram: Risiko Keldai Akaun, Scammer & Gaji Lumayan Palsu Yang Ramai Tak Sedar •Calon Temuduga Guru Wajib Tahu: Jangan Terlalu Fokus Fail Sampai Abaikan Persediaan Sebenar •Malaysia MADANI: Maksud, 6 Tonggak KEMAHI & Kepentingan Kepada Calon Guru •Perbezaan PDPP vs CoS: Ramai Masih Keliru, Ini Penjelasan Paling Mudah Faham •Semakan & Rayuan Tingkatan 6 2026: Tarikh Penting, Cara Semak & Panduan Lengkap •

Cara Mohon Jawatan Pembantu Tadbir & Pembantu Pembangunan Masyarakat FELDA Dengan Minima SPM

Oleh Cikgu Shaari • January 6, 2023 • 2 min baca

Cara Mohon Jawatan Pembantu Tadbir & Pembantu Pembangunan Masyarakat FELDA Dengan Minima SPM
Visual Archive // 2023
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan berdasarkan syarat yang ditetapkan, untuk mengisi jawatan secara TETAP untuk penempatan di Pejabat FELDA Seluruh Malaysia.

Pelbagai jawatan kosong ditawarkan untuk anda mohon. Calon mestilah memenuhi syarat umum permohonan yang telah ditetapkan. Pastikan anda hantar permohonan anda selewat-lewatnya 13 Januari 2023.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Nama Majikan: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
  • Taraf jawatan: Tetap
  • Penempatan: Tidak dinyatakan
  • Tarikh tutup permohonan: 13 Januari 2023

SENARAI JAWATAN

Berikut adalah senarai jawatan tetap yang ditawarkan:

  • Pembantu Tadbir Perkeranian/ Operasi (P/O) N19
  • Pembantu Pembangunan Masyarakat S19

SYARAT UMUM PERMOHONAN

Calon adalah dikehendaki memenuhi syarat umum permohonan bagi semua jawatan di atas.

  • Calon mestilah Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat SPM/ SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
  • Berkelayakan seperti dalam iklan jawatan

Calon boleh semak syarat khusus bagi setiap jawatan yang ditawarkan di bawah perkongsian ini.

CARA MEMOHON

Sekiranya anda berminat dengan jawatan ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan, anda boleh buat permohonan secara online selewat-lewatnya 13 Januari 2023. Permohonan boleh dibuat melalui pautan berikut:

BORANG ERMOHONAN JAWATAN

Klik Daftar Baru untuk buat pendaftaran akaun sebelum mohon jawatan. Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan mengenai jawatan kosong FELDA, anda boleh rujuk di laman web https://frms.felda.net.my/.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.