Ada Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Dan Sedang Mencari Kerja? Ini Panduan Mohon Kerja

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) adalah satu dokumen yang diiktiraf dan dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Malaysia. Anda mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan sedang mencari pekerjaan?

Ramai tak tahu dengan hanya beberapa langkah mudah sahaja anda boleh mohon pelbagai peluang pekerjaan secara dalam talian melalui portal PERKESO.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui panduan mohon kerja dengan Sijil Kemahiran Malausia melalui laman PERKESO.

Baca juga: 5 Tahap Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Untuk Lepasan SPM & Kelebihannya

PANDUAN MENCARI KERJA GUNA SKM

Berikut adalah step by step mohon kerja melalui portal PERKESO buat pemegang Sijil Kemahiran Malaysia (SKM):

  1. Layari laman www.perkeso.gov.my
  2. Klik pada butang EIS
  3. Pilih Career Exploration

  4. Pilih Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)

  5. Pilih tahap SKM anda
  6. Pilih bidang kemahiran anda
  7. Klik pada pekerjaan pilihan dan buat permohonan

Baca juga: Apa Itu CIAST? Pemegang Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Sila Ambil Tahu Jika Nak Jadi Pengajar

Mudah kan? Dengan portal PERKESO ini, tiada lagi alasan untuk anda susah mencari pekerjaan kerana pelbagai peluang pekerjaan menanti anda diluar sana.

Semoga bermanfaat!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma