KKOM Kini Dikenali Sebagai Kementerian Komunikasi Dan Digital

Berkuatkuasa mulai 7 Disember 2022, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKOM) kini dikenali sebagai Kementerian Komunikasi dan Digital “The Ministry of Communications and Digital”, kata Menterinya Fahmi Fadzil. Beliau berkata pertukaran nama itu telah disahkan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN).

Ditanya adakah agensi-agensi yang sebelum ini diletakkan di bawah KKOM, seperti yang melibatkan kebudayaan masih kekal di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital, beliau berkata agensi berkaitan seni dan budaya akan diletakkan di bawah kementerian lain.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pengenalan nama Kementerian Komunikasi Dan Digital.

KKOM KINI DIKENALI SEBAGAI KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN DIGITAL

Dalam sidang media selepas menghadiri mesyuarat Kabinet, Menterinya Fahmi Fadzil telah memaklumkan:

  • Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKOM) kini dikenali sebagai Kementerian Komunikasi dan Digital

AGENSI MELIBATKAN KEBUDAYAAN DILETAKKAN DI BAWAH KEMENTERIAN LAIN

Ditanya adakah agensi-agensi yang sebelum ini diletakkan di bawah KKOM, seperti yang melibatkan kebudayaan masih kekal di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital, beliau berkata antara agensi yang akan diletakkan di bawah kementerian lain adalah berkaitan:

  • seni dan budaya

Mesyuarat jemaah menteri pada hari ini telah memutuskan bahawa aspek seni dan budaya itu bukan di bawah kementerian ini, tetapi mungkin pada waktu ini beliau serahkan pada menteri berkenaan untuk buat pengumuman.

Baca juga: KPDNHEP Kini Ditukar Kepada KPDNKSH (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup)

Sumber

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma