Tawaran Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Terbuka Buat Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi

Kementerian Pengajian Tinggi menawarkan penajaan skim Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dengan kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) bagi mengikuti pengajian kursus-kursus jangka panjang secara SEPENUH MASA di peringkat Sarjana dan Ph.D di Institusi Pengajian Tinggi Awam di Dalam Negara bagi Sesi Pengajian Tahun Semester 1 2023/2024.

Tawaran ini dibuka khusus untuk Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional di dalam skim perkhidmatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Skim DH di Politeknik, Kolej Komuniti dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sahaja.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bidang pengajian ditawarkan dan panduan buat permohonan.

BIDANG PENGAJIAN DITAWARKAN

Bidang-bidang yang ditawarkan adalah berdasarkan unjuran keperluan yang dikeluarkan oleh Bahagian Kompetensi dan Peningkatan Kerjaya, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti seperti berikut:

  • Peringkat Sarjana
  • Peringkat Ph.D

SYARAT KELAYAKAN

Tawaran adalah terbuka kepada Pegawai Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi yang berkelayakan seperti berikut:

Syarat Umum

  • Pegawai-pegawai yang diperakukan untuk mengikuti kursus ijazah lanjutan hendaklah mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman, minat dan perwatakan/sikap yang sesuai bagi menentukan kejayaan dalam pengajian dan seterusnya berupaya memberi sumbangan ke arah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi. Mereka juga hendaklah mempunyai kelayakan ijazah pertama yang diiktiraf atau kelayakan yang setaraf dengannya.

Syarat Khusus

  • Pada Tahun 2023, pegawai mestilah berumur tidak lebih daripada 45 tahun bagi pengajian peringkat kedoktoran (Ph.D) dan 50 tahun bagi pengajian peringkat Sarjana;
  • Telah disahkan dalam perkhidmatan terkini pada tarikh tutup permohonan;
  • Telah berkhidmat sekurang-kurangnya selama tiga (3) tahun dalam skim perkhidmatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) (gred 41 dan ke atas dan lantikan selewat-lewatnya 1 Jun 2016) pada tarikh tutup permohonan;
  • Mencapai purata markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata 85% ke atas bagi tempoh tiga (3) tahun skim perkhidmatan terkini secara berturut- turut (2019, 2020 & 2021). Penilaian setahun LNPT hendaklah genap 12 bulan;
  • Kursus yang diikuti adalah berkaitan dengan tugas pegawai/bidang pengajian Sarjana Muda yang telah diikuti dan diperlukan demi kepentingan perkhidmatan;
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda bagi pengajian peringkat Sarjana dan Ijazah Sarjana yang baik bagi pengajian peringkat Ph.D (pencapaian CGPA minimum 2.5);
  • Belum memiliki kelayakan Ijazah Lanjutan di peringkat yang sama tanpa mengira bidang pengkhususan.
  • Mematuhi syarat genap tempoh tamat mengikuti kursus jangka panjang/pendek sebelumnya seperti yang dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6. Tahun 2005 (jika berkenaan).
  •  Masih belum mendapat tempat di mana-mana institusi pengajian tinggi; atau telah mendapat tempat pengajian tetapi akan memulakan pengajian di manamana institusi pengajian tinggi pada Sesi Pengajian Semester 1 2023/2024.
  • Pegawai hanya dibenarkan memohon pengajian di peringkat Ijazah Sarjana yang menawarkan pengajian tanpa perlu mengikuti kursus pra syarat;
  • Mematuhi syarat yang ditetapkan dalam Garis Panduan Kemudahan Cuti Belajar kepada Penjawat Awam seperti berikut:
    i) Pegawai yang telah mengikuti cuti belajar melebihi 12 bulan di dalam atau luar negara, boleh dipertimbangkan untuk mengikuti kursus jangka sederhana atau kursus jangka panjang yang berikutnya sama ada di dalam atau luar negara selepas genap dua (2) tahun tamat mengikuti kursus yang terdahulu dengan jayanya;
    3/5
    ii) Pegawai yang telah mengikuti cuti belajar kurang 12 bulan tetapi melebihi 3 bulan di dalam atau luar negara, boleh dipertimbangkan untuk mengikuti kursus jangka sederhana atau kursus jangka panjang yang berikutnya sama ada di dalam atau luar negara selepas genap satu (1) tahun tamat mengikuti kursus yang terdahulu dengan jayanya
  • Telah mengisytiharkan harta (termasuk pengisytiharan harta tambahan) dalam tempoh 5 tahun kebelakangan;
  • Tidak tersenarai dalam senarai hitam pinjaman PTPTN atau Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP);
  • Pegawai bebas daripada sebarang penyakit kronik (Lampiran 4).
  •  Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah; dan
  • Menyediakan kertas cadangan pengajian (proposal) dan hendaklah dimuatnaik serta diserahkan kepada urus setia semasa calon menghadiri temu duga. Kulit depan kertas cadangan hendaklah mematuhi format seperti yang telah disediakan.

CARA MOHON

Calon-calon yang berminat hendaklah memohon secara atas talian sepenuhnya di pautan berikut :

Permohonan akan dibuka mulai 22 Februari 2023 hingga 3 Mac 2023. Permohonan yang tidak menepati syarat yang ditetapkan, mengandungi maklumat yang tidak benar, tidak lengkap, dokumen sokongan yang tidak disahkan atau borang permohonan yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

Hanya calon yang layak dan melepasi tapisan sahaja akan dipanggil untuk urusan temuduga.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma