Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Cara Mohon Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP. Terima RM300 Hingga RM1,000 Sebulan

Oleh Cikgu Shaari • February 24, 2023 • 3 min baca

Cara Mohon Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP. Terima RM300 Hingga RM1,000 Sebulan
Visual Archive // 2023
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Sejumlah 21,556 keluarga fakir dan miskin di Kuala Lumpur menerima bantuan kewangan bulanan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sehingga Mac 2021 lalu. Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, sejumlah RM131.39 juta zakat setahun diperuntukkan bagi Bantuan kewangan Bulanan kepada fakir miskin yang layak.

Sehingga kini MAIWP masih membuka permohonan Bantuan Kewangan Bulanan kepada asnaf dan golongan yang memerlukan di sekitar Wilayah persekutuan. Skim Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP merupakan salah satu skim bantuan yang membantu memenuhi keperluan asnaf dalam bentuk kewangan secara bulanan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan bantuan kewangan bulanan MAIWP.

KADAR BANTUAN

Kadar Bantuan Kewangan Bulanan yang diberikan kepada penerima yang layak adalah:

  • Antara RM300 hingga RM1,000 sebulan

(Sumber)

OBJEKTIF BANTUAN

Skim Bantuan Kewangan Bulanan disediakan dengan matlamat untuk:

  • Membantu memenuhi keperluan asnaf dalam bentuk kewangan bulanan melalui akaun penerima atau/ dan barangan melalui pembekal

Golongan asnaf yang layak memohon adalah terdiri daripada:

  • Fakir
  • Miskin
  • Mualaf
  • Ar-Riqab

NEGERI DI BAWAH MAIWP YANG LAYAK MOHON

Negeri-negeri di bawah MAIWP adalah terdiri daripada:

  • Kuala Lumpur
  • Putrajaya
  • Labuan

SYARAT PERMOHONAN

Antara syarat permohonan yang ditetapkan adalah:

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari 1 tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
  • Pendapatan tertakluk kepada pengiraan had al-kifayah

DOKUMEN SOKONGAN

Sila pastikan semua keperluan dan dokumen yang dikehendaki adalah lengkap seperti berikut:

  • Satu keping gambar berwarna berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan)
  •  Satu salinan kad pengenalan pemohon.
  • Satu salinan kad pengenalan suami , isteri dan tanggungan / surat pengangkatan JPN / akuan sumpah penjagaan jika tanggungan bukan anak kandung (tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja)
  • Satu salinan penyata gaji / pencen / PERKESO / surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri / surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung (WP Labuan sahaja).
  • Satu salinan surat perakuan nikah / surat akuan sumpah untuk kes kehilangan bagi pemohon berumur 60 tahun ke atas.*
  • Satu salinan surat perakuan cerai / prosiding mahkamah terkini / pengesahan masalah keluarga dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terkini.*
  • Satu salinan sijil kematian ibu / bapa / suami / isteri.*
  • Satu salinan kad memeluk Islam.*
  • Satu salinan kad orang kelainan upaya (OKU) pemohon / tanggungan.*
  • Surat pengesahan sakit kronik pemohon dan tanggungan dari hospital kerajaan sahaja.*
  • Satu salinan pengesahan pengajian / kad pelajar / surat tawaran belajar bagi pemohon / tanggungan yang sedang belajar di IPT.*
  • Satu salinan cukai pintu / bil utiliti.
  • Satu salinan penyata akaun / surat pengesahan akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang menunjukkan maklumat pemohon dan transaksi terakhir / terkini.
  • Satu salinan laporan polis / surat penjara (bagi keluarga bermasalah)*
  • Satu salinan surat pengesahan bankrupsi dari Syarikat Insolvensi (bagi pemohon yang muflis)*

* jika berkenaan

CARA MOHON

Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan dan memerlukan bantuan yang ditawarkan, anda boleh buat permohonan dengan menyediakan semua dokumen yang dinyatakan di atas dan dihantar bersama borang permohonan berikut:

BORANG PERMOHONAN BANTUAN MAIWP

Borang permohonan yang lengkap diisi beserta dokumen sokongan mestilah dihantar ke kaunter cawangan MAIWP berdekatan. Semak senarai cawangan MAIWP DI SINI.

Selain Bantuan Kewangan Bulanan, MAIWP juga ada menyediakan Bantuan Deposit dan Sewa Rumah Bulanan kepada asnaf yang memerlukan.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.