Tarikh Bayaran Bantuan Khas Kewangan Sebulan Gaji/ Minimum RM1,000 Buat Penjawat Awam Johor
Berita baik buat penjawat awam di negeri Johor! Kerajaan Johor mengumumkan bantuan khas kewangan sebanyak sebulan gaji atau minimum RM1,000 kepada sejumlah kira-kira 13,400 kakitangannya.
Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan perkara itu ketika membentangkan Belanjawan Johor 2023 semasa Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini pada Khamis.
Ikuti perkongaidn di bawah untuk maklumat lanjut pembayaran bantuan khas kewangan buat penjawat awam.
Isi Kandungan
KADAR BAYARAN BANTUAN KHAS KEWANGAN JOHOR
Kerajaan Johor mengumumkan bantuan khas kewangan buat sejumlah kira-kira 13,400 kakitangannya sebanyak:
- Sebulan gaji atau minimum RM1,000
TARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS KEWANGAN JOHOR
Bantuan khas itu dikatakan akan dibayar sebanyak 2 KALI iaitu:
- Kali pertama: Akhir tahun 2022
- Kali kedua: Menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun 2023
PENERIMA BANTUAN KHAS KEWANGAN
Bantuan berkenaan diberikan kepada:
- kakitangan kerajaan negeri dan kakitangan awam Persekutuan yang dibayar gaji oleh kerajaan negeri Johor.
Selain itu, bantuan tersebut juga akan dipanjangkan kepada:
- semua guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA), petugas Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan guru Tadika Islam Johor (TAJ).
Kerajaan negeri amat menghargai sumbangan penjawat awam yang menjalankan dasar-dasar bagi menjayakan agenda pembangunan dan kebajikan negeri.