Permohonan Bantuan Zakat Koperasi TNB Terbuka Buat Golongan Asnaf
Koperasi TNB ialah koperasi yang ditubuhkan di bawah TNB yang ditubuhkan sejak 1951. Bagi membantu para asnaf yang memerlukan, koperasi ini telah mewujudkan Bantuan Zakat Koperasi TNB dengan melaksanakan pengagihan zakat berlandaskan hukum syarak.
Individu beragama Islam yang berkelayakan dan memerlukan bantuan ditawarkan boleh mula mengisi borang permohonan yang disediakan dan hantar ke alamat dinyatakan mulai 25 November 2022.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bantuan ditawarkan dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
SYARAT KELAYAKAN
Tawaran bantuan adalah terbuka kepada individu yang berkelayakan seperti berikut:
- Beragama Islam & warganegara Malaysia
- Termasuk dalam salah satu golongan yang berhak menerima zakat iaitu:
– Fakir
– Miskin
– FIsabillah - Pastikan butiran maklumat dan dokumen lampiran lengkap sebelum membuat penghantaran dokumen
DOKUMEN DIPERLUKAN
Permohonan mestila dihantar bersama dokumen-dokumen berikut:
- Salinan Kad Pengenalan pemohon
- Salinan Kad Pengenalan atau Surat Daftar Kelahiran (bagi kanak-kanak) yang jelas dan terang
- Salinan Surat Cerai/Sijil Kematian Suami/Isteri (jika berkenaan)
- Salinan surat pengesahan pendapatan seperti slip gaji, pencen dan sebagainya
- Salinan penyata bank terkini/nombor akaun bank
- Salinan bil elektrik kediaman
- Pengesahan dokumen oleh Pegawai Jabatan Agama Islam, Pengerusi Masjid/Surau
- Laporan doktor yang merawat. Laporan perlu menyatakan tentang penyakit yang dihidapi, rawatan yang diterima, rawatan yang disyorkan, tempat dan anggaran kos rawatan
- Laporan doktor yang merawat pasangan (jika berkenaan)
- Salinan penyata gaji dan penyata KWSP terkini (bagi pemohon yang bekerja/pernah bekerja)
- Bukti bergambar berkaitan pemohon.
CARA MOHON
Sekiranya anda memerlukan bantuan zakat ditawarkan dan berkelayakan seperti dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan dengan mengisi borang permohonan di sediakan di bawah:
BORANG PERMOHNAN BANTUAN ZAKAT KOPERASI TNB
Borang permohonan mestilah diisi menggunakan huruf besar dan jelas. Setiap pendaftaran hendaklah dibuat atas nama pemohon (bagi umur 18 tahun ke atas) atau ketua keluarga waris pemohon bagi pemohon yang masih berada di bawah tanggungan (bawah umur 18 tahun).
Borang permohonan yang telah diisi dengan lengkap beserta salinan dokumen yang telah diakui sah oleh Pegawai Jabatan Agama Islam, Pengerusi Masjid/Surau sahaja yang akan dipertimbangkan.
Hantar borang permohonan beserta dokumen yang diakui sah ke alamat berikut:
- Koperasi Tenaga Nasional Berhad
96, Jalan Bangsar , 59200 Kuala Lumpur
U/P: Encik Ahmad Syaqirin bin Shaharin
(Unit Pematuhan & Syariah)