4 Faktor Yang Membolehkan Calon Temuduga SPA Tukar Tarikh & Pusat Temuduga

Bolehkah calon yang mendapat panggilan temuduga SPA menukar tarikh atau lokasi temuduga? Jawapannya adalah BOLEH dengan syarat mendapat kebenaran Suruhanjaya. Untuk mendapatkan kebenaran Suruhanjaya, calon perlu kemukakan permohonan.

Untuk permohonan, alasan yang diberikan mestilah munasabah dan layak untuk dipertimbangkan. SPA melalui portal utama telah kongsikan faktor-faktor yang membolehkan calon membuat penukaran tarikh/ lokasi temuduga.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui faktor-faktor yang membolehkan calon tukar tarikh atau lokasi temuduga.

APA JADI JIKA TIDAK HADIR TEMUDUGA?

Pernah dengar tak calon yang tidak menghadiri temuduga SPA yang ditawarkan akan disenarai hitam? Kenyataan itu sebenarnya SALAH! Pihak SPA telah memaklumkan bahawa pemohon yang tidak menghadiri panggilan temuduga tidak akan disenaraihitamkan.

FAKTOR TUKAR TARIKH/ PUSAT TEMUDUGA

Untuk makluman anda, calon boleh buat permohonan tukar tarikh / pusat temuduga bagi jawatan SPA atas beberapa faktor berikut sahaja:

  • Kecemasan
  • Keagamaan
  • Kesihatan
  • Lokaliti (Sabah/ Sarawak/ Semenanjung)

Walaubagaimanapun, kelulusan permohonan tukar tarikh atau lokasi temuduga adalah berdasarkan keputusan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Pastikan calon yang nak tukar tarikh/ lokasi temuduga buat permohonan segera selepas mendapat maklumat tarikh & lokasi temuduga.

PERMOHONAN PERTUKARAN TARIKH

Permohonan pertukaran tarikh temuduga terutama yang melibatkan pusat temuduga di Sabah dan Sarawak perlu dikemukakan dengan segera dengan menyertakan:

  • Nama
  • Nombor Kad Pengenalan
  • Nombor Telefon
  • Jawatan
  • Tarikh temuduga asal
  • Tarikh temuduga baru
  • Alasan pertukaran

Maklumat-maklumat ini penting bagi mendapatkan kebenaran dan pertimbangan Suruhanjaya. Hanya permohonan pertukaran yang betul-betul munasabah dan layak sahaja akan dipertimbangkan.

CARA MOHON TUKAR TARIKH & LOKASI TEMUDUGA

Permohonan tukar tarikh dan lokasi temuduga boleh dibuat melalui beberapa kaedah. Rujuk panduan mohon tukar tarikh / lokasi temuduga di bawah:

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan sedikit sebanyak dapat membantu calon yang sedang mencari penempatan kerja dalam perkhidmatan awam. Ingat, pastikan anda buat permohonan segera sebaik sahaja mendapat maklumat tarikh dan lokasi temuduga kerana proses kelulusan mungkin mengambil sedikit masa.

Baca juga: Bilakah Calon Akan Dipanggil Temuduga Setelah Mohon Jawatan Dalam SPA9?

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma