Tawaran Pelbagai Jawatan Di Mini Karnival Jom Kerja Air Selangor X PERKESO 2022
Karnival Kerjaya kembali lagi buat anda yang sedang mencari kerja terutama dari golongan graduan, lepasan sekolah dan penganggur. PERKESO dengan kerjasama Air Selangor akan menganjurkan Mini Karnival Jom Kerja Air Selangor X PERKESO.
Pelbagai peluang pekerjaan menanti anda di Karnival Kerjaya Jom Kerja yang akan berlangsung pada 2 Disember 2022 di Petaling Jaya. Pelbagai aktiviti menanti anda seperti kaunseling kerjaya, bantuan pendaftaran Portal Pekerjaan Nasional, sesi temuduga dan banyak lagi.
Jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan kerjaya impian anda. Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program dan panduan pendaftaran.
Isi Kandungan
MAKLUMAT PROGRAM
- Nama program: Mini Karnival Jom Kerja Air Selangor X PERKESO
- Tarikh karnival: 2 Disember 2022
- Masa: 9 pagi hingga 5 petang
- Lokasi: Atlanta Ballroom (Aras 3) Hotel Armada, Petaling Jaya
SENARAI JAWATAN
Antara jawatan ditawarkan adalah:
CARA DAFTAR
Sekiranya anda berminat untuk menyertai Mini Karnival Jom Kerja Air Selangor X PERKESO dan ingin merebut peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh pelbagai majikan, anda boleh buat pendaftaran sebelum tarikh karnival. Pendaftaran boleh dibuat secara atas talian melalui pautan berikut:
Pastikan anda hadir pada tarikh dan masa temuduga yang ditetapkan. Makluman dan pengesahan pendaftaran akan dihantar ke alamat emel yang anda daftarkan.
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan Mini Karnival Jom Kerja Sempena Hari PERKESO, anda boleh hubungi pegawai bertugas di talian berikut:
- Siti Syakirah: 019 611 4878
- Amira Hanis: 019 610 9204