Hadiah Hari Guru 2026: Tak Wajib, Ini Panduan Pilih Hadiah Bajet Rendah Yang Bermakna •MC Boleh Claim PERKESO 2026? Ini Syarat, Cara Mohon & Kesilapan Ramai Tak Sedar •Jangan Terpedaya Kerja Haram: Risiko Keldai Akaun, Scammer & Gaji Lumayan Palsu Yang Ramai Tak Sedar •Calon Temuduga Guru Wajib Tahu: Jangan Terlalu Fokus Fail Sampai Abaikan Persediaan Sebenar •Malaysia MADANI: Maksud, 6 Tonggak KEMAHI & Kepentingan Kepada Calon Guru • Hadiah Hari Guru 2026: Tak Wajib, Ini Panduan Pilih Hadiah Bajet Rendah Yang Bermakna •MC Boleh Claim PERKESO 2026? Ini Syarat, Cara Mohon & Kesilapan Ramai Tak Sedar •Jangan Terpedaya Kerja Haram: Risiko Keldai Akaun, Scammer & Gaji Lumayan Palsu Yang Ramai Tak Sedar •Calon Temuduga Guru Wajib Tahu: Jangan Terlalu Fokus Fail Sampai Abaikan Persediaan Sebenar •Malaysia MADANI: Maksud, 6 Tonggak KEMAHI & Kepentingan Kepada Calon Guru •

[Terkini] Pindaan Tarikh Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2022, Semak Tarikh Baharu Di SIni

Oleh Cikgu Shaari • November 25, 2022 • 2 min baca

[Terkini] Pindaan Tarikh Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2022, Semak Tarikh Baharu Di SIni
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) merupakan sebuah peperiksaan yang diadakan untuk murid tahun lima Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan kelas agama dan Fardhu Ain Integrasi seluruh Malaysia. Ujian UPKK dikendalikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Antara matlamat UPKK adalah untuk menilai kemahiran pelajar membaca serta hafazan Al-quran. UPKK juga bertujuan untuk menilai kefahaman ilmu fardhu ain pelajar, menilai tahap kefahaman pelajar tentang asas cara hidup islam dan menilai kemahiran pelajar membaca dan menulis jawi.

Setiap tahun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengeluarkan Takwim jadual waktu peperiksaan UPKK di mana JAKIM juga akan menyelaraskan peperiksaan UPKK ini di seluruh Malaysia.

PINDAAN TARIKH UJIAN UPKK TAHUN 2022

Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah bersetuju untuk meminda tarikh pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) (Bertulis) seperti yang dijadualkan pada 14 hingga 17 November 2022.

Tarikh Baharu Pelaksanaan UPKK (Bertulis)

Tarikh baharu pelaksanaan UPKK (Bertulis) adalah seperti berikut:

  • Ulum Syariah (Akidah Dan Ibadah) pada 14 November 2022 (Isnin)
    DIPINDA PADA 28 November 2022 (Isnin) 5 Disember 2022
  • Sirah Jawi Dan Khat pada 15 November 2022 (Selasa)
    DIPINDA PADA 29 November 2022 (Selasa)
  • Adab pada 16 November 2022 (Rabu)
    DIPINDA PADA 30 November 2022 (Rabu)
  • Lughah Al-Quran pada 17 November 2022 (Khamis)
    DIPINDA PADA 1 Disember 2022 (Khamis)

Pindaan TERKINI yang dilakukan adalah melibatkan Ulum Syariah (Akidah Dan Ibadah) yang sebelum ini dipinda kepada 28 November 2022. Namun susulan pengumuman cuti peristiwa pada 28 November oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, ujian itu dipinda kepada 5 Disember 2022.

JAKIM amat prihatin dan mengambil berat dengan keputusan yang telah ditetapkan serta amat menghargai komitmen semua pihak dalam menjayakan pelaksanaan UPKK kali ini.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.