Perbezaan Faedah Antara Kakitangan Kerajaan Lantikan Tetap Dan Kontrak

Jika anda perasan, tak banyak pengambilan jawatan kerja kerajaan secara tetap. Kebanyakan pengambilan adalah bagi lantikan secara kontrak. Walauun faedah yang diterima oleh kakitangan lantikan kontrak dan tetap lebih kurang sahaja, namun ada juga bezanya.

Lantikan secara kontrak mungkin tidak akan menikmati kelebihan seperti lantikan secara tetap dan berpencen, namun faedah-faedah tersebut akan diberikan dalam inisiatif lain seperti elaun yang lebih tinggi, gaji yang lebih menarik, kebajikan dan jaminan yang lebih baik.

Ikuti perkongsian di bawah untuk lihat perbezaan antara faedah yang diterima kakitangan kerajaan lantikan kontrak dan tetap.

PERBEZAAN ANTARA KAKITANGAN TETAP & KONTRAK

Berikut adalah kelebihan dan kekurangan kakitangan tetap dan kontrak yang anda perlu tahu:

Jawatan Tetap

  • Layak mendapat pencen
  • Mudah untuk membuat pinjaman
  • Menerima gaji konsisten
  • Ada kenaikan gaji
  • Cuti tahunan
  • Berpeluang dinaikkan pangkat
  • Menerima bonus
  • Ada bayaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Socso

Lantikan Kontrak

  • Kontrak boleh diberhentikan bila-bila masa
  • Tiada jaminan masa depan
  • Ada kenaikan gaji
  • Cuti tahunan diberikan
  • Tiada peluang kenaikan pangkat, kecuali jika mohon jawatan baru dengan gred yang lebih tinggi
  • Hanya menerima sahguhati tahunan
  • Ada bayaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Socso

KELEBIHAN PEKERJA KONTRAK

Walaupun pekerja kontrak tidak mendapat faedah sama seperti pekerja tetap, anda masih mempunyai kelebihan tersendiri seperti:

  • Berpeluang mendapat lantikan tetap
  • Dapat bina kerjaya
  • Dapat meningkatkan prestasi kerja & memastikan hasil kerja berkualiti
  • Dapat membuat perancangan perkembangan kerjaya
  • Berpeluang mendapat pengalaman dari pekerja tetap
  • Mempunyai kemampuan untuk bertukar ke syarikat lain sekiranya tidak sesuai
  • Pengawalan yang lebih tinggi terhadap jumlah kerja dan jenis pekerjaan yang disiapkan

Baca juga: “Jawatan Ini Secara Kontrak, Anda Masih Menerimanya?” Ini Contoh Jawapan Temuduga 

Semoga bermanfaat!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma