Tarikh Jangkaan Air Pasang Besar Monsun Timur Laut 2022/2023 Bermula November
Monsun Timur Laut (MTL) atau musim tengkujuh di Malaysia akan bermula lebih awal daripada yang dijangka iaitu pada 7 November 2022 dan berterusan sehingga Mac 2023. Empat hingga enam episod luruan monsun yang membawa hujan lebat berterusan berpntesi berlaku sepanjang tempoh ini.
Seperti musim-musim yang lalu, hujan lebat berterusan untuk tempoh beberapa hari boleh mengakibatkan kejadian banjir di kawasan-kawasan berkedudukan rendah dan berhampiran sungai. Sekiranya hujan lebat berterusan berlaku serentak dengan kejadian air pasang besar, risiko kejadian banjir boleh meningkat.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut dan tarikh jangkaan monsun timur laut tahun 2022/2023.
Isi Kandungan
TARIKH JANGKAAN AIR PASANG BESAR
Sekiranya hujan lebat berterusan berlaku serentak dengan kejadian air pasang besar, risiko kejadian banjir boleh meningkat.
Kejadian air pasang bersar dijangka berlaku dalam tempoh berikut:
- 6 hingga 11 & 22 – 27 November 2022
- 7 hingga 12 & 22 – 26 Disember 2022
- 6 hingga 10 & 21 – 25 Januari 2023
Semasa MTL, tiupan angin timur secar aberterusan dan kencang juga boleh menyebabkan laut bergelora serta ombak besar di perairan Laut China Selatan.
PERSEDIAAN MENGHADAPI MTL
Bersedia hadapi bencana banjir dengan menyediakan beg kecemasan. Sentiasa peka dengan amaran awal bencana dan berpindah dengan kadar segera sekiranya mendapat arahan daripada pihak berkuasa.
Untuk dapatkan maklumat lanjut, nasihat, dan amaran cuaca anda boleh rujuk di beberapa saluran berikut:
- Laman web https://www.met.gov.my
- Aplikasi mobil myCuaca
- Media sosial MET Malaysia (Facebook, Twitter dan Instagram).
- Talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638