MC Boleh Claim PERKESO 2026? Ini Syarat, Cara Mohon & Kesilapan Ramai Tak Sedar •Jangan Terpedaya Kerja Haram: Risiko Keldai Akaun, Scammer & Gaji Lumayan Palsu Yang Ramai Tak Sedar •Calon Temuduga Guru Wajib Tahu: Jangan Terlalu Fokus Fail Sampai Abaikan Persediaan Sebenar •Malaysia MADANI: Maksud, 6 Tonggak KEMAHI & Kepentingan Kepada Calon Guru •Perbezaan PDPP vs CoS: Ramai Masih Keliru, Ini Penjelasan Paling Mudah Faham • MC Boleh Claim PERKESO 2026? Ini Syarat, Cara Mohon & Kesilapan Ramai Tak Sedar •Jangan Terpedaya Kerja Haram: Risiko Keldai Akaun, Scammer & Gaji Lumayan Palsu Yang Ramai Tak Sedar •Calon Temuduga Guru Wajib Tahu: Jangan Terlalu Fokus Fail Sampai Abaikan Persediaan Sebenar •Malaysia MADANI: Maksud, 6 Tonggak KEMAHI & Kepentingan Kepada Calon Guru •Perbezaan PDPP vs CoS: Ramai Masih Keliru, Ini Penjelasan Paling Mudah Faham •

Permohonan Kursus Jangka Pendek CIAST Untuk Upskilling & Reskilling

Oleh Cikgu Shaari • November 8, 2022 • 2 min baca

Permohonan Kursus Jangka Pendek CIAST Untuk Upskilling & Reskilling
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Ramai tak tahu yang CIAST ada menawarkan kursus jangka pendek untuk orang awam bagi tujuan upskilling atau reskilling. Permohonan kursus jangka pendek CIAST boleh dibuat secara atas talian dan anda diberi pilihan untuk pilih jenis latihan yang dikehendaki.

Kursus untuk meningkatkan kemahiran/ketrampilan tenaga pengajar supaya dapat menghasilkan sumber manusia mahir yang diperlukan oleh pihak industri secara lestari (sustainable) di samping memberi pendedahan dan penguasaan teknologi baru kepada orang awam.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut kursus jangka pendek yang ditawarkan dan panduan buat permohonan.

PESERTA SASARAN

Tawaran kursus jangka pendek ini terbuka kepada individu dari golongan berikut:

  • Sektor swasta atau industri
  • Jabatan-jabatan kerajaan atau Badan-Badan Berkanun atau Syarikat
  • Orang-orang perseorangan atau individu

KATALOG KURSUS

Anda boleh semak senarai kursus ditawarkan di laman ekursus.ciast.gov.my di bahagian Katalog Kursus seperti di bawah:

Terdapat lebih 100 jenis kursus yang anda boleh dapatkan di laman tersebut.

PERMOHONAN KURSUS JANGKA PENDEK CIAST

Permohonan Kursus Jangka Pendek CIAST boleh dibuat dengan ikut langkah berikut:

  1. Pergi ke laman ekursus.ciast.gov.my
  2. Pilih menu KURSUS-JANGKA PENDEK dan pilih MODULAR
  3. Klik pada MOHON untuk melihat katalog e-kursus
  4. Klik pada kOD KURSUS
  5. Lihat tarikh kursus
  6. Klik tarikh dan pilih perkataan BUKA
  7. Isikan nombor MyKad pemohon
  8. Lengkapkan maklumat, cetak surat serta borang permohonan dan tunggu emel pengesahan

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.