Tawaran Penempatan Latihan Industri Pelbagai Bidang Di FELDA Terbuka Buat Pelajar IPT
Panggilan buat pelajar tahun akhir yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda di IPTA/S dalam atau luar negara! Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) kini membuka pengambilan pelajar Latihan Industri bagi tahun 2023.
Pelajar dalam pelbagai bidang pengajian dan berkelayakan yang bakal menjalani Latihan Industri pada tahun 2023 dipelawa untuk buat permohonan melalui email dalam tempoh permohonan dibuka.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran latihan industri dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
MAKLUMAT JAWATAN
- Nama majikan: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
- Jenis jawatan: Latihan Industri (LI)
- Pengambilan: Januari hingga Jun 2023
- Peringkat pengajian: Diploma atau Ijazah Sarjana Muda
- Tarikh tutup permohonan: 8 Disember 2022
BIDANG DITAWARKAN
Tawaran dibuka bagi penempatan calon dalam bidang-bidang berikut:
- Asas tani
- Kewangan
- Pengurusan
- Perladangan
- Sosial
- Teknologi
SYARAT PERMOHONAN
Tawaran dibuka kepada calon-calon yang berkelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia keutamaan diberikan kepada Warga FELDA
- Sedang mengikuti pengajian di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda di IPTA/S dalam atau luar negara
- Mendapat CGPA semasa 3.0 dan ke atas
- Tempoh latihan tidak kurang dari 60 hari
- Bertepatan dengan bidang keutamaan berkaitan FELDA
- Bayaran elaun tertakluk kepada kadar yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam
CARA MOHON
Sekiranya anda sedang mencari penempatan Latihan Industri tahun 2023 dan berminat untuk menjalankan latihan di FELDA, anda boleh buat permohonan dalam tempoh permohonan dibuka melalui email. Permohonan mestilah dihantar ke alamat email berikut:
- Emel: uljsm.felda@felda.net.my
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan tawaran Latihan Industri di FELDA< anda boleh terus hubungi alamat dan talian berikut:
- Jabatan Pengurusan Modal Insan FELDA
Tingkat 41, Menara FELDA, Platinum Park
No.11, Persiaran KLCC
50088 Kuala Lumpur - Tel: 03 21912191
Calon diingatkan untuk TIDAK MENGHANTAR EMEL KOSONG yang hanya mengandungi resume semata-mata. Pastikan emel anda lengkap. Jika tak tahu, anda boleh rujuk: