Penambahbaikan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) Sebanyak RM800 Sebulan Selama 4 Bulan

RISDA menyediakan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) khas buat pekebun kecil yang terjejas akibat kejatuhan harga getah. Sebelum ini pekebun kecil yang layak akan menerima bantuan sekali bayar yang berjumlah RM600 setiap seorang daripada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).

Perdana Menteri dalam Majlis Himpunan Keluarga Felda Teguh Bersama di Felda Mayam pada 27 Oktober 2022 telah mengumumkan penambahbaikan Bantuan Muskim Tengkujuh dan beberapa bantuan buat pekebun kecil.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut penambahbaikan Bantuan Musim Tengkujuh dan bantuan diperkenalkan.

PENAMBAHBAIKAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH

Pekebun kecil getah FELDA seluruh negara akan menerima Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) sebanyak:

  • RM800 sebulan selama 4 bulan

Bantuan Musim Tengkujuh diberikan kepada pekebun yang berkelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA.
  • Keluasan 0.1011 hektar hingga 2.5 hektar. Maksudnya, jumlah keluasan semua tanah yang dimiliki adalah berkeluasan 0.1011 hingga 2.5 hektar secara agregat.
  • Pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik.
  • 1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja.
  • Seorang Pekebun Kecil hanya layak menerima bantuan sekali sahaja.
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (bagi Penoreh Bukan Pemilik sahaja).

*Pekebun Kecil Pemilik Pengusaha: Pekebun kecil getah Pemilik Pengusaha adalah pekebun kecil yang memiliki tanah, menguruskan dan/atau mengusahakannya sendiri.

*Penoreh Bukan Pemilik: Penoreh Bukan Pemilik adalah mereka yang menoreh getah di ladang pekebun kecil sebagai pekerjaan utama dan tidak memiliki tanah bertanam getah.

*Pemilik Tanah Sah: Pemilik tanah yang sah bermaksud tuan punya atau Pemegang Amanah seperti dinyatakan di dalam geran tanah atau pentadbir seperti dinamakan di dalam Surat Kuasa Mentadbir (letter of administration) yang dikeluarkan oleh pejabat tanah atau mahkamah yang berkenaan.

PROGRAM PEMBANGUNAN PENEROKA (PPP)

8,637 projek telah diluluskan dengan peruntukan RM237 juta bagi pelaksanaan Program Pembangunan Peneroka. Program ini adalah untuk:

  • Bagi meningkatkan dan mempelbagaikan pendapatan peneroka

Projek yang dilaksanakan telah berjaya memberikan purata pendapatan bulanan sebanyak RM444 kepada para peneroka terlibat.

PERUMAHAN GENERASI BAHARU FELDA (PGBF)

8670 unit lot generasi FELDA, daripadanya 770 unit telah dilaksanakan secara undian lot. RM20 juta dana diperuntukkan menerusi Skim Jaminan Kredit Perumahan kepada peminjam perumahan generasi baharu FELDA.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma