Tawaran Biasiswa MAIWP Insentif Khas Pelajar Cemerlang Pengajian Dalam Negara Dibuka

Menunaikan amanah para pembayar zakat di Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menawarkan pelbagai bantuan zakat buat individu-individu yang memerlukan sumbangan kewangan dalam pendidikan. Bantuan zakat pendidikan MAIWP melibatkan pelajar sekolah dan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Pelajar yang berjaya sambung pengajian ke peringkat lebih tinggi dan belum mendapat mana-mana tajaan pengajian, MAIWP mempelawa anda mohon Biasiswa Insentif Khas Pelajar Cemerlang seperti ditawarkan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut biasiswa ditawarkan dan panduan buat permohonan.

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan Biasiswa MAIWP insentif Khas Pelajar Cemerlang boleh dibuat sehingga:

  • Tarikh tutup: 11 November 2022 (Jumaat)

SYARAT KELAYAKAN

Tawaran adalah terbuka kepada pemohon yang berkelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia beragama Islam
  • Bermastautin dan masih menetap di Wilayah Persekutuan tidak kurang daripada 1 tahun
  • Tidak mendapat sebarang tajaan atau biasiswa daripada mana-mana pihak
  • Tertakluk kepada pengiraan Had Kifayah dan syarat tawaran biasiswa MAIWP

BIDANG PENGAJIAN DITAJA

Antara bidang pengajian yang ditaja adalah:

  • Ijazah Sarjana Muda Pengajian Klinikal & Kesihatan
    Perubatan, pergigian, Farmasi, Bioteknologi Perubatan, Audiologi, Optometri dan lain-lain yang berkaitan
  • Ijazah Sarjana Muda Pengajian Sastera
    – Pengajian Islam (Semua bidang) dan lain-lain yang berkaitan
  • Ijazah Sarjana Muda Pengajian Sains Sosial
    – Perakaunan, Perbankan Islam, Undang-undang, Sains Teknologi, Teknologi Maklumat dan lain-lain yang ebrkaitan
  • Ijazah Sarjana Muda Pengajian Kejuruteraan
    – Elektrik, Elektronik, Kimia, Senibina, Ukur Bahan, Mekanikal dan lain-lain yang berkaitan
  • Lain-lain bidang pengajian yang telah mendapa akreditasi penuh oleh MQA/ Badan Profesional dan mematuhi hukum syaza

CARA MOHON

Panduan permohonan dan syarat khusus bagi biasiswa ditawarkan boleh dimuat turun melalui laman web berikut:

Anda juga boleh dapatkan borang permohonan di pejabat MAIWP di alamat berikut:

  • Kaunter Agihan Aras 1, Bangunan PERKIM, Jalan Sultan Azlan Shah, 51200 Kuala Lumpur
  • Semua Kaunter Pusat Agihan Zakat (PAZA)
  • Kaunter MAIWP Cawangan WP Putrajaya
  • Kaunter MAIWP Cawangan WP Labuan

Download borang permohonan di bawah:

BORANG PERMOHONAN BIASISWA INSENTIF KHAS PELAJAR CEMERLANG

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan biasiswa ditawarkan, anda boleh hubungi talian 03 40477600/ 7510/7411/7412/7413/7632.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma