Ciri-ciri & Contoh Resume Yang Sesuai Dibawa Ke Temuduga Kerajaan
Tahniah sekiranya anda dipanggil untuk temuduga dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)! Bukan semua orang mampu ditawarkan untuk ke temuduga. Jadi pastikan anda buat yang terbaik untuk temuduga sebenar nanti.
Ada beberapa perkara yang calon sering terlepas pandang dan mungkin akan menyebabkan calon gagal hanya disebabkan hal-hal remeh ini. Antara salah satunya adalah tidak melengkapkan MyResume sebelum temuduga. Pastikan anda rujuk Panduan Melengkapkan MyResume SPA Sebelum Temuduga.
Perlu ke bawa resume sendiri ke temuduga kerajaan? Ya, perlu! Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui ciri-ciri dan contoh resume yang sesuai dibawa ke temuduga kerajaan.
Isi Kandungan
CIRI-CIRI RESUME YANG SESUAI
Resume yang sesuai dibawa ke temuduga kerja kerajaan mestilah mengandungi beberapa point penting berikut:
- Maklumat anda seperti nama, umur dan maklumat untuk dihubungi
- Ringkasan kerja anda
- Pendidikan
- Pengalaman kerja
- Kemahiran kerja
- Pencapaian terbaik yang anda ada
FAKTOR RESUME MENARIK
Berikut merupakan beberapa perkara yang akan membuatkan resume anda kelihatan menarik di mata majikan.
- Bahasa yang digunakan merujuk kepada iklan bahasa yang dipohon
- Format tulisan Arial atau Times New Roman dengan saiz font 12
- 2 muka surat
- Guna kertas A4 putih
- Sertakan gambar jika diminta
Memandangkan anda bakal hadir temuduga kerajaan, anda disarankan untuk menyediakan resume dalam Bahasa Melayu.
CONTOH RESUME TEMUDUGA KERJA KERAJAAN
Berikut adalah beberapa contoh resume yang sesuai dibawa ke temuduga kerja kerajaan:
Resume Lepasan SPM
Resume Tanpa Pengalaman
Resume Jawatan Kerani/ Pembantu Tadbir
Resume Bergambar
Tidak mustahil jika resume menjadi punca anda gagal dipanggil ke temuduga atau mendapat kerja. Sama ada anda sedar atau tidak kadangkala kesilapan dalam menulis menjadi punca resume anda ditolak. Pastikan anda teliti dengan perkongsian format membuat resume di atas supaya resume anda diterima majikan.