Tawaran 500+ Kekosongan Jawatan Di Program Kerjaya TVET Megavaganza Buat Lepasan Siswazah
Panggilan buat lepasan siswazah dengan kelayakan Diploma atau Ijazah Sarjana Muda yang sedang mencari peluang penempatan pekerjaan! Johor Skills Development Centre mempelawa lepasan graduan yang berkelayakan ikuti program Kerjaya TVET Megavaganza seperti yang ditawarkan.
Lepasan siswazah yang berjaya mendapat penempatan dalam program ini akan dilatih dan diberi sijil profesional setelah tamat latihan. Lebih 500 peluang pekerjaan dan pelbagai kemudahan akan disediakan kepada pemohon yang berjaya mendapat penempatan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program ditawarkan dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
BIDANG PEKERJAAN DITAWARKAN
Lebih 500 jawatan kosong untuk diisi dalam bidang pekerjaan berikut:
- Safety & Health Officer
- Welding Inspection
- Oil & Gas Electro Mechanical & Instrument Technology
- Steam Plant Engineer
MANFAAT DISEDIAKAN
Berikut adalah senarai manfaat disediakan kepada calon yang berjaya mendapat penempatan:
- Penempatan kerja
- Memperolehi Sijil Profesional
- Latihan Percuma (100% Tajaan kerajaan)
- Elaun bulanan sebanyak RM500
SYARAT KELAYAKAN
Tawaran adalah terbuka kepada siswazah yang berkelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 21 hingga 35 tahun
- Pemegang Diploma atau Ijazah dalam bidang berkaitan
- Wajib mengikuti latihan kemahiran selama 2 bulan
- Keutamaan kepada mereka yang sedang mencari pekerjaan
CARA MOHON
Sekiranya anda berminat untuk ikuti program Kerjaya TVET Megavanza dan ingin mendapat penempatan pekerjaan seperti ditawarkan, anda boleh buat permohonan sekarang dengan mengisi permohonan di pautan berikut:
Bagi yang telah mendaftar, anda akan dihubungi oleh pihak berkaitan. Bagi yang hendak menukar program, anda boleh daftar semula dengan pemiilihan program yang anda minati.