Cara Mohon Jawatan Pembantu Pembangunan Masyarakat JPNIN Dengan Minima SPM
Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) dengan ini mempelawa calon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan lantikan secara kontrak (contract of service) seperti yang diiklankan. Permohonan dibuka bagi mengisi jawatan sebagai Pembantu Pembangunan Masyarakat dan Pendidik Taska GENIUS.
Warganegara Malaysia dengan kelayakan minima SPM atau setaraf boleh hantar permohonan sekarang ke alamat yang dinyatakan. Permohonan mestilah dibuat dengan mengisi borang permohonan yang disediakan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
MAKLUMAT JAWATAN
- Nama majikan: Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN)
- Taraf jawatan: Kontrak (contract of service)
- Kumpulan Perkhidmatan: Sosial
- Penempatan: JPNIN Negeri Selangor
- Tarikh tutup: 30 November 2022
SENARAI JAWATAN
Berikut adalah senarai jawatan ditawarkan:
- Pendidik Taska GENIUS Perpaduan S29
- Pembantu Pembangungan Masyarakat S19
SYARAT KELAYAKAN
Permohonan adalah dibuka kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut:
Pendidik Taska GENIUS Perpaduan S29
- Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred (C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Diploma dalam Bidang berkaitan Pendidikan Awal Kanak-Kanak daripada Institusi Pengajian di Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan;
- Lengkap Vaksinasi Covid-19;
Pembantu Pembangungan Masyarakat S19
- Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Calon bagi lantikan hendaklah lulus dua (2) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu di peringkat Kepujian (C) dan empat (4) mata pelajaran lain di peringkat Lulus dalam satu peperiksaan SPM; atau
- Dua (2) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu di peringkat Kepujian dan empat (4) mata pelajaran lain di peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan SPM dalam tempoh tiga (3) tahun berturut-turut.
DESKRIPSI TUGAS
Pendidik Taska GENIUS Perpaduan S29
- Bertanggungjawab menguruskan hal ehwal pengurusan dan pentadbiran TASKA.
- Menyediakan rancangan pengajaran.
- Memberi perkhdmatan asuhan dan didikan awal kanak-kanak.
- Memastikan keselamatan kanak-kanak terjaga dan terkawal.
- Merancang dan melaksanakan aktiviti yang mampu memupuk budaya pembelajaran kearah pembentukan kanak-kanak yang berdikari, berdaya kreatif, berkeyakinan, bersemangat dan berjaya.
- Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa ke semasa.
Pembantu Pembangunan Masyarakat S19
Mengawal selia pengoperasian Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan cawangancawangannya, Skim Rondaan Sukarela (SRS), mengendalikan mesyuarat berkaitan KRT/SRS, memproses dan mengumpul maklumat serta menyediakan pelaporan, menyelia pengoperasian Tabika Perpaduan dan Taska Genius Perpaduan.
Menguruskan pelaksanaan program dan acara, pengesanan isu-isu perpaduan, menjalinkan kerjasama bersama agensi kerjaaan, NGO, serta swasta. Membuat pemantauan Rumah Ibadat Selain Islam (RISI) dan lain-lain tugasan tertakluk kepada arahan dari masa ke semasa
CARA MOHON
Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi BORANG PERMOHONAN JAWATAN/ BORANG PERAKUAN PELANTIKAN PEGAWAI KONTRAK JPNIN yang boleh didapati di bawah:
Borang permohonan lengkap hendaklah beserta dengan gambar berukuran passport dan dikepilkan salinan Kad Pengenalan, Sijil-Sijil Akademik, Sijil Berhenti Sekolah dan Sijil alin yang berkaitan dan disahkan oleh Pegawai kerajaan yang menjawat jawatan Kumpulan A atau Gred 41 ke atas hendaklah dihantar kepada:
- Pengarah
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
Negeri Selangor,
Tingkat 9, Wisma PKPS
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14,
40517 Shah Alam