Tawaran Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor Sehingga RM2,500 Semua Peringkat Pengajian

Lembaga Zakat Selangor (LZS) mempelawa pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) untuk memohon Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS) yang dibuka mulai 20 November 2021 selama 1 bulan. Tawaran adalah terbuka kepada pelajar bagi semua peringkat pengajian yang berkelayakan.

SPZAS adalah salah satu daripada bantuan yang disediakan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) bertujuan meringankan beban kos pendidikan di institut pengajian tinggi (IPT) dalam negara dan luar negara bagi golongan pertengahan yang memenuhi syarat kelayakan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS).

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan boleh dibuat secara atas talian sahaja sepanjang tempoh berikut:

  • 20 November 2021 hingga 20 Disember 2021

KADAR SUMBANGAN

Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS) diberikan kepada anak Selangor yang layak seperti berikut:

  • RM700 bagi SPZAS dalam negara
  • RM2,500 bagi SPZAS luar negara

Sumbangan adalah di bawah peruntukan asnaf Fisabillah.

SYARAT KELAYAKAN

Permohonan adalah terbuka kepada anak Selangor yang memenuhi syarat-syarat kelayakan berikut:

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Ketua keluarga/ penjaga lahir dan menetap di Selangor atau bermastautin dan masih menetap di Selangor tidak kurang daripada tiga tahun
  • Dokumen sokongan sila rujuk di laman web www.zakatselangor.com.my/spzas
  • Pendapatan seisi rumah hendaklah melebihi Haddul Kifayah iaitu garis kecukupan seseorang dalam penentuan asnaf, namun jumlah lebihan tersebut tidak melebihi RM5,000 bagi SPZAS dalam negara dan RM7,000 bagi SPZAS luar negara

Syarat Pengajian

Semester dua dan ke atas sahaja di peringkat pengajian berikut bagi SPZAS dalam negara:

  • Sijil/ Pra Universiti/ Asasi/ Matrikulasi/ Pra-Diploma
  • Diploma/ Diploma Lanjutan
  • Ijazah Sarjana Muda/ Sijil Profesional
  • Ijazah Sarjana

Bagi SPZAS luar negara:

  • Tertakluk kepada negara Mesir, Jordan dan Morocco di dalam Bidang Pengajian Islam/ Perubatan peringkat Ijazah Sarjana Muda

DOKUMEN DIPERLUKAN

Terdapat 11 (sebelas) dokumen yang diwajibkan untuk setiap pemohon memuat naik sewaktu permohonan dilakukan iaitu:

  • Kad Pengenalan Pemohon
  • Kad Pengenalan Suami/Isteri/Penjaga
  • Sijil Kelahiran/Kad Pengenalan Tanggungan Keluarga
  • Bil api/bil air yang terkini (dalam 3 bulan daripada tarikh permohonan)
  • Slip gaji atau *Borang Pengesahan Pendapatan Terkini(Bagi yang tiada slip gaji) yang terkini (dalam 3 bulan daripada tarikh permohonan)
  • *Borang/surat pengesahan belajar semester/tahap yang terkini/semasa (bagi pelajar IPT luar negara pengesahan adalah melalui Pegawai Atase Pendidikan Selangor)
    *Borang Pengesahan Permastautinan yang terkini (dalam 3 bulan daripada tarikh permohonan)
  • Penyata Akaun Bank Pemohon yang masih aktif (Bagi Pengesahan No Akaun Bank)
    Kad OKU (Jika Berkenaan)
  • Laporan Perubatan Sakit Kronik (Jika Berkenaan)
  • Pasport dan Visa pemohon (bagi permohonan SPZAS IPT luar negara)

CARA MOHON

Permohonan boleh dibuat secara atas talian sahaja sepanjang tempoh yang ditetapkan. Layari laman web rasmi Lembaga Zakat Selangor di pautan berikut:

Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS) anda boleh hubungi Talian Zakat Selangor di 1 300 88 4343 atau terus ke laman web www.zakatselangor.com.my.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma