Bantuan i-Belia: Permohonan Bantuan Belia Dibuka Buat Belia Bujang & Mahasiswa

Mulai 18 September 2022, semua belia di negeri Terengganu yang berkelayakan boleh mohon Bantuan i-Belia yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu kepada semua belia dan mahasiswa yang berkelayakan bagi meringankan beban. Permohonan bagi belia yang berkelayakan boleh dibuat secara atas talian melalui i-Bantuan.

Sistem i-bantuan digunakan untuk permohonan bantuan sebelum ini, iaitu Bantuan iFitri 2022 di bawah kerajaan Terengganu. Sistem ini telah dihubungkan dengan Sistem PRT20 bagi kegunaan semakan maklumat pemohon. Pemohon wajib mendaftar sebagai pengguna sebelum mereka membuat permohonan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bantuan i-Belia yang ditawarkan dan panduan buat permohonan.

TEMPOH PERMOHONAN

Permohonan i-Belia Terengganu dibuka sepanjang tempoh berikut:

  • 18 September hingga 6 Oktober 2022

SYARAT KELAYAKAN

Tawaran adalah terbuka kepada belia yang berkelayakan mengikut kategori berikut:

Kategori Belia Bujang

  • Berumur di antara 18 tahun hingga 39 tahun
  • Statsus pemohon masih bujang pada tarikh permohonan
  • Bagi pemohon yang BEKERJA, jumlah pendapatan bulanan tidak melbihi MR1,500 sebulan
  • Bagi pemohon yang BELUM BEKERJA, umlah pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,500 sebulan (Jumlah pendapatan ibu Bapa/ Penjaga)
  • Kakitangan Kerajaan Negeri dan Persekutuan tidak layak memohon
  • Pemohon yang berstatus MAHASISWA tidak layak memohon bagi kategori Belia Bujang

Kategori Mahasiswa

  • Berumur di antara 18 tahun hingga 39 tahun
  • Pemohon adalah seorang MAHASISWA yang masih menuntut di Institusi Awam atau Swasta di dalam Malaysia

Antara syarat utama memohon i-Bantuan adalah:

  • Pemohon adalah rakyat Terengganu dan menetap di Negeri Terengganu
  • Maklumat Pemohon mesti telah ada dalam Sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT20)
  • Pemohon adalah pengundi berdaftar di Negeri Terengganu
  • Permohonan secara atas talian (online) melalui sistem i-Bantuan

CARA MOHON

Sekiranya anda merupakan ibu tunggal yang berpendapatan rendah dan berkelayakan seperti dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan secara atas talian melalui sistem i-Bantuan sepanjang tempoh permohonan dibuka.

Permohonan boleh dibuat di pautan berikut:

Pemohon wajib mendaftar sebagai pengguna sebelum mereka membuat permohonan. Pendaftaran wajib menggunakan No Kad Pengenalan KIR. Rujuk panduan lengkap permohonan bantuan melalui i-Bantuan di bawah:

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma