Cara Mohon Jawatan Pembantu Tadbir & Pelbagai Jawatan Di UTHM
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan secara SEMENTARA / TETAP/ KONTRAK seperti yang diiklankan.
Bagi yang berminat dan berkelayakan seperti yang dinyatakan, anda boleh buat permohonan dengan mengisi borang permohonan secara atas talian melalui sistem perjawatan yang disediakan. Pastikan permohonan dihantar dalam tempoh permohonan dibuka bagi memastikan permohonan anda berjaya diterima.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
MAKLUMAT JAWATAN
- Nama Majikan: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
- Nama jawatan: Pelbagai jawatan
- Taraf jawatan: Sementara/ Tetap/ Kontrak
- Tarikh tutup permohonan: 17 Januari 2023
SENARAI JAWATAN DITAWARKAN
Berikut adalah senaria jawatan yang kini dibuka untuk permohonan:
- Juruukur Bahan J41
- Pegawai Tadbir (Bidang Pemasaran) N41
- Pustakawan S41
- Pegawai Peribatan UD43-UD53
- Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA29
- Penolong Jurutera J29
- Penolong Pegawai Tadbir N29
- Penolong Pegawai Perubatan U29
- Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) N19
- Pembantu Perawatan Kesihatan U11
SYARAT KELAYAKAN
Tawaran dibuka kepada calon yang memenuhi syarat kelayakan berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
- Umur tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan
Anda boleh semak syarat lantikan tambahan beserta deskripsi tugas bagi setiap jawatan ditawarkan di bawah:
SYARAT KELAYAKAN & DESKRIPSI TUGAS JAWATAN
GAJI & IMBUHAN DITAWARKAN
Gaji permulaan yang lebih tinggi pada Jadual Gaji Minimum Maksimum (JGMM) boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik UTHM berasaskan kepada kelayakan, pengalaman kerja atau kemahiran yang mana berkaitan.
Antara Imbuhan yang diberikan adalah termasuk Imbuhan Tetap Perumahan / Imbuhan Tetap Keraian / Imbuhan Tetap Khidmat Awam / Imbuhan Tetap Gred Khas dan lain-lain elaun yang berkuat kuasa.
CARA MOHON
Permohonan bagi calon yang berminat dan berkelayakan boleh dibuat secara atas talian sepenuhnya melalui laman permohonan disediakan. Pastikan anda patuhi arahan-arahan berkaitan.
Lengkapkan permohonan melalui pautan berikut:
Borang Permohonan serta salinan dokumen sokongan berkaitan jawatan yang dipohon TIDAK PERLU dikemukakan kepada pihak UTHM. Hanya calon yang dihubungi oleh pihak UTHM sahaja perlu mengemukakan dokumen sokongan berkaitan.
KETERANGAN AM PERMOHONAN
- Hanya calon yang berjaya di senarai pendek sahaja akan dihubungi bagi tujuan pemilihan/temu duga.
- Calon yang tidak dihubungi sehingga tamat tempoh sahlaku permohonan hendaklah beranggapan bahawa permohonan TIDAK BERJAYA.
- TEMPOH SAHLAKU permohonan adalah selama sembilan (9) bulan dari tarikh tutup permohonan yang telah ditetapkan.
Untuk sebarang pertanyaan berkenaan pengambilan jawatan seperti yang diiklankan, anda boleh emel kepada alamat perjawatan@uthm.edu.my.