Program Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia (PRKM): Tawaran Bantuan Bina/ Baiki Rumah
Kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) telah memperkenalkan Program Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia (PRKM) secara atas talian bagi memberi peluang rakyat Malaysia memiliki rumah sendiri atau baik pulih rumah sedia ada dengan bantuan kerajaan.
Kumpulan sasar PRKM adalah Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar dan miskin yang ditentukan berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa yang berkuat kuasa.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bantuan melalui Program Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia (PRKM) yang ditawarkan beserta panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT KELUARGA MALAYSIA (PRKM)
Kabinet pada 12 September 2022 telah meluluskan cadangan Kementerian Kemajuan Luar Bandar (KPLB) untuk menaikkan kadar bantuan seunit bagi pembinaan Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia (PRKM).
Dengan kelulusan ini, harga baharu bagi projek Bina Baharu PRKM dinaikkan seperti berikut:
- Semenanjung: dinaikkan daripada RM56,000 kepada RM66,000 seunit
- Wilayah Sabah, Sarawak dan Labuan: dinaikkan daripada RM68,000 kepada RM79,000 seunit
Nilai kadar maksimum juga dinaikkan seperti berikut:
- Semenanjung: dinaikkan daripada RM13,000 kepada RM15,000 seunit
- Wilayah Sabah, Sarawak dan Labuan: dinaikkan daripada RM15,000 kepada RM17,000 seunit
PKRM sebelum ini dikenali sebagai Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). Ia adalah salah satu langkah pembasmian kemiskinan luar bandar dalam memastikan kumpulan sasar (miskin dan miskin tegar) dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan lebih baik.
OBJEKTIF PELAKSANAAN PRKM
Objektif pelaksanaan PRKM adalah untuk:
- meningkatkan kualiti hidup keluarga miskin tegar dan miskin dengan membina atau membaik pulih rumah bagi menyediakan tempat kediaman yang lebih selamat dan selesa sebagai asas pertumbuhan sesebuah keluarga.
KATEGORI BANTUAN PRKM
Kerajaan melalui Program Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia (PRKM) menawarkan bantuan kepada kumpulan sasar seperti berikut:
- Bantuan Baik Pulih
– Keadaan ekonomik dibaiki - Bantuan Bina Baharu
– Tiada rumah atau kediaman uzur dan tidak ekonomik dibaiki
KRITERIA KUMPULAN SASAR
Kriteria kumpulan sasar penerima bantuan Program Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia (PRKM) yang layak adalah seperti berikut:
- Disahkan sebagai miskin tegar atau miskin yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih); atau
- Diperaku dan disahkan layak oleh Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah (FGD) atau Negeri (FGN) atau jawatankuasa yang setara dengannya di peringkat negeri; atau
- Diperaku oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinian; atau
- Diperaku oleh jawatankuasa di peringkat Kementerian
Syarat Bantuan Bina Baru
- Pemohon tidak mempunyai rumah.
- Pemohon mendiami rumah yang terlalu uzur dan tidak selamat didiami.
- Rumah pemohon tidak ekonomik untuk dibaiki.
- Pemohon memiliki tanah sendiri (pemilikan penuh); atau
- Pemohon mendapat pemilikan tanah sebahagian atau mendapat kebenaran menggunakan tanah daripada Tuan Tanah (tanah atas milik ibu/bapa/adik-beradik/saudara-mara yang mempunyai pertalian darah dengan pemohon atau tanah
- Kerajaan atau tanah wakaf) dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah. DOWNLOAD BORANG KEBENARAN
Syarat Bantuan Baik Pulih
- Bantuan diberikan kepada pemohon yang mempunyai rumah yang uzur atau rosak disebabkan oleh bencana dan masih ekonomik untuk dibaiki.
- Pemohon mendapat kebenaran untuk membaik pulih bagi kes menumpang tanah milik orang lain/tanah milik sebahagian/tanah Kerajaan dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah.
Selain memenuhi kriteria-kriteria kelayakan di atas, keutamaan bantuan diberikan kepada:
- warga emas;
- orang kurang upaya (OKU);
- ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan ramai;
- mangsa bencana yang berskala kecil; dan
- Keutamaan pelaksanaan program adalah kepada negeri-negeri dan daerah yang mempunyai kadar kemiskinan tegar yang
CARA MOHON
Permohonan PRKM secara atas talian (online) hendaklah diisi dengan teliti dan lengkap. Sila sediakan maklumat berkaitan pemilikan harta / tanah, pendapatan, gambar Kad Pengenalan (depan dan belakang) dan gambar rumah semasa (sekiranya ada) sebelum menghantar permohonan.
Kegagalan pemohon untuk melengkapkan butir-butir yang dikehendaki boleh menjejaskan permohonan.
Permohonan boleh dibuat melalui pautan berikut:
Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk di Portal Rasmi Kementerian Pembangunan Luar Bandar di pautan www.ruralink.gov.my.