Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul • Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul •

MPPK 2.0: Tawaran Pembiayaan Sehingga RM10,000 Untuk Penjaja & Peniaga Kecil 

Oleh Cikgu Shaari • September 14, 2022 • 2 min baca

MPPK 2.0: Tawaran Pembiayaan Sehingga RM10,000 Untuk Penjaja & Peniaga Kecil 
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Skim Pembiayaan Mikro-i Penjaja dan Peniaga Kecil (MPPK) diperkenalkan untuk membantu usahawan Mikro dan Informal dalam mengekalkan kelangsungan operasi perniagaan supaya dapat berdaya saing semasa Pandemik Covid-19. Pembiayaan ini khusus untuk usahawan yang menjalankan perniagaan secara dalam talian.

Peniaga dan peniaga kecil yang memerlukan suntingan modal untuk mengembangkan perniagaan dipelawa untuk mohon pembiayaan yang ditawarkan melalui Bank Rakyat ini sehingga RM10,000 dengan peruntukan oleh kerajaan sebanyak RM2 juta.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pembiayaan ditawarkan dan panduan buat permohonan .

MAKLUMAT PEMBIAYAAN

  • Nama pembiayaan: Program Pembiayaan Mikro-i Untuk Penjaja & Peniaga Kecil (MPPK 2.0)
  • Anjuran: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dengan kerjasama Bank Rakyat
  • Jumlah pembiayaan: RM1,000 sehingga RM10,000
  • Tempoh bayaran pembiayaan: Sehingga 5 tahun
  • Tempoh moratorium: 12 bulan
  • Kadar keuntungan: 0%

OBJEKTIF PEMBIAYAAN

Antara objektif tawaran pembiayaan ini adalah:

  • Inisiatif pembiayaan untuk menyokong kesinambungan perniagaan yang baru muncul daripada krisis COVID
  • Membantu usahawan Mikro dan Informal dalam mengekalkan kelangsungan operasi perniagaan supaya dapat berdaya saing semasa Pandemik COVID-19

SYARAT KELAYAKAN

Tawaran Program Pembiayaan Mikro-i Untuk Penjaja & Peniaga Kecil (MPPK 2.0) adalah ditawarkan kepada peniaga yang berkelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia yang berumur 18 – 60 tahun
  • Terbuka kepada individu
  • Penjaja atau peniaga kecil yang menjalankan perniagaan dalam talian
  • Mempunyai lesen/permit/daftar perniagaan yang sah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat  Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  • Bagi pelanggan informal, surat pengesahan berniaga daripada ketua komuniti perlu diperolehi
  • Aktiviti perniagaan mestilah patuh Shariah

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat dengan pembiayaan ditawarkan untuk meneruskan atau mengembangkan perniagaan dan berkelayakan seperti dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan melalui Bank Rakyat di salah satu saluran berikut:

  • Hubungi Bank Rakyat di talian 1-300-80-5454; atau
  • Email ke alamat qr2e@bankrakyat.com.my; atau
  • Kunjungi Laman Khas Bank Rakyat

Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan pembiayaan yang ditawarkan ini, anda boleh ke laman https://budget.mof.gov.my/.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.