Panduan Mohon Jawatan Penolong Penguasa Penjara Dengan Kelayakan STPM/ Diploma & Setaraf
Berminat nak jadi Pegawai Penjara? Berita baik buat semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas! Jabatan Penjara Malaysia kini membuka peluang kerja kosong bagi pengambilan calon jawatan Pegawai Penjara kepada sesiapa yang berminat. Mohon dengan minima kelayakan Diploma/ STPM/ STP je!
Permohonan boleh dibuat secara online melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) dengan mudah. Untuk mohon pengambilan yang dibuka ini, pastikan anda mohon selewat-lewatnya pada 20 September 2022.
Nak tahu info lanjut berkenaan jawatan Pegawai Penjara yang ditawarkan dan panduan buat permohonan, ikuti perkongsian di bawah.
Isi Kandungan
MAKLUMAT JAWATAN
- Nama majikan: Jabatan Penjara Malaysia
- Nama Jawatan: Penolong Penguasa Penjara Gred KA29
- Lokasi: Seluruh Malaysia
- Jumlah pengambilan: Kekosongan 76 & Simpanan 150
- Tarikh tutup: 20 September 2022
SYARAT KELAYAKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- warganegara Malaysia;
- berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- i) Sijil Tinggi Persekolahan Malayisa atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KA29:RM1,505.00);atau
ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KA29:RM 1,505.00;atau
iii) Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KA29:RM1,782.91). - mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pacaindera seperti yang berikut:
i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
ii) berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
iii) mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
iv) mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
v)lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
vi) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
vii) diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
CARA MOHON JAWATAN MELALUI SPA9
Langkah 1
Log masuk ke laman spa9.spa.gov.my. Sekiranya anda masih belum mendaftar akaun sistem permohonan SPA9, baca:
- Dah Ada Akaun SPA8i, Ini Cara Daftar SPA9 & Dapatkan ID Baru Untuk Log Masuk
- Cara Daftar Akaun Baru SPA9 Bagi Yang Belum Pernah Daftar SPA8i Atau Akaun Tamat Tempoh
Langkah 2
Pergi ke bahagian Maklumat Pemohon dan klik Jawatan Dimohon
Langkah 3
Pergi ke bahagian Diploma/ STPM/ STAM/ Matrikulasi . Pilih jawatan Penolong Penguasa Penjara KA29 di bahagian pilihan jawatan. Klik +Tambah.
*Maksimum jawatan yang boleh dimohon ada 15 sahaja.
Langkah 4
Jawatan yang dipilih akan ditambah di bahagian Jawatan Pilihan. Klik Seterusnya
Langkah 5
Senarai jawatan dimohon dan maklumat lengkap anda akan dipaparkan untuk pengesahan. Jika semua maklumat betul, klik Seterusnya.
Langkah 6
Baca perakuan pemohon seperti yang tertera dan tick pada kotak SETUJU jika anda setuju. Klik HANTAR.
Slip Akuan Pendaftaran Permohonan Jawatan SPA akan dipaparkan yang mengandungi maklumat anda beserta senarai jawatan yang dimohon. Sila simpan dan cetak Slip Pendaftaran untuk kegunaan pada masa akan datang (terutama bagi bekas pelajar tajaan biasiswa).
Untuk elakkan anda melakukan kesilapan semasa permohonan jawatan di SPA, baca 6 Sebab Calon Masih Tidak Mendapat Panggilan SPA.
Selamat memohon!
IKLAN JAWATAN KOSONG