Airbus Malaysia GIFT: Tawaran Program Latihan Kerja Terbuka Buat Graduan

Adalah dimaklumkan Airbus Malaysia menjemput calon-calon yang berkelayakan untuk memohon program Airbus Graduate Intake for Tomorrow Program (GIFT). Program selama 18 bulan ini membolehkan graduan menyesuaikan diri dengan cepat dalam persekitaran kerja profesional, menerima pembangunan kemahiran yang relevan dan mendapatkan pengalaman praktikal yang akan membentuk mereka menjadi nilai Korporat Syarikat Airbus.

Anda akan menerima maklum balas berterusan sepanjang program. Ini adalah peluang unik untuk graduan membuat persediaan ke alam pekerjaan! Pelbagai manfaat menarik disediakan kepada graduan sepanjang tempoh program.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program ditawarkan dan panduan buat permohonan.

AIRBUS MALAYSIA GIFT PROGRAMME

Berikut adalah maklumat tentang Airbus Malaysia GIFT Programme yang anda perlu tahun:

  • Tempoh pekerjaan 18 bulan
  • Pakej gaji yang kompetitif
  • Manfaat yang diterima sama dengan pekerja tetap
  • Graduan akan diberi latihan dan terlibat dengan projek sepanjang program untuk meningkatkan kemahiran
  • Program yang dibuat khusus untuk membangunkan kemahiran kepimipnan
  • Ditugaskan kepada mentor dan jurulatih
  • Selepas 18 bulan, peserta berpeluang untuk memohon jawatan tetap

STRUKTUR PROGRAM

SYARAT KELAYAKAN

Tawaran program adalah terbuka kepada graduan yang berkelayakan seperti berikut:

  • Bakal graduan tempatan dalam mana-mana bidang berkaitan terutamanya Fakulti Kejuruteraan Aeroangkasa, Mekanikal Kejuruteraan, Pengangkutan dan Logistik dan Pengurusan Pesawat dari Universiti Malaysia (IPTA/IPTS) dan
  • Dalam 5% teratas daripada kelas tamat pengajian/kepujian kelas pertama (min 3.75 PNGK) dan
  • Rekod Cemerlang dalam Kegiatan Kokurikulum dan
  • Penguasaan Cemerlang dalam Bahasa Inggeris

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat dengan program bina kerjaya yang ditawarkan dan berkelayakan seperti dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan dengan menghantar dokumen-dokumen berikut ke alamat email yang diberi:

  • Surat rasmi daripada Universiti yang mengesahkan pendaftaran anda di fakulti anda dan jangkaan tahun & kelas tamat pengajian
  • Surat cadangan daripada penyelia akademik anda (termasuk jangkaan kelas siswazah & pencapaian persentil)
  • CV/resume anda
  • Transkrip akademik terkini anda
  • Surat iringan permohonan

Hantar dokumen serta permohonan selewat-lewatnya 15 Oktober 2022 ke alamat email berikut:

  • hr.malaysia@airbus.com

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma