Jenis Gred Jawatan Kerja Kerajaan Yang Boleh Dimohon Ikut Kelayakan Anda
Permohonan pekerjaan melalui Sistem SPA9 adalah tertakluk kepada dasar ‘One Step Lower’ seperti yang dinyatakan. Bagi urusan pengambilan yang dijalankan, hanya pemohon yang melepasi syarat tapisan yang ditetapkan akan dipanggil untuk menduduki peperiksaan/ujian. Calon yang lulus dalam peperiksaan/ujian tersebut seterusnya akan dipanggil ke sesi temu duga.
Setiap gred jawatan membawa maksud-maksud yang tersendiri. Nombor di belakang gred adalah melambangkan kelayakan jawatan tersebut.
Nak tahu gred jawatan kerja kerajaan apa yang anda boleh mohon dengan kelayakan yang anda ada? Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui gred jawatan yang layak mengikut kelayakan.
Isi Kandungan
FUNGSI GRED/KOD JAWATAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM
Di dalam perkhidmatan awam, terdapat pelbagai jenis jawatan yang diwujudkan di semua kementerian, jabatan dan sektor. Penyelarasan gaji juga berbeza mengikut jawatan yang disandang.
Oleh yang demikian, penyelarasan setiap perjawatan amat penting bagi memastikan kelancaran pembayaran gaji, urusan cuti dan pelbagai lagi.
Antara penyelarasan yang dilaksanakan adalah dengan memperkenalkan sistem kod atau gred untuk setiap peringkat dalam dalam kementerian, jabatan dan sektor-sektor tertentu.
GRED JAWATAN IKUT KELAYAKAN
Untuk mohon kerja kerajaan, anda boleh ikut panduan di bawah untuk ketahui jenis gred jawatan yang anda boleh mohon mengikut kelayakan akademik masing-masing.
Kelayakan PMR/ PT3 & Setaraf
- Gred 11
Kelayakan SPM & Setaraf
- Gred 11
- Gred 19
Kelayakan STPM/ Matrikulasi/ Diploma & Setaraf
- Gred 19
- Gred 29
Kelayakan Ijazah Sarjana Muda
- Gred 29
- Gred 41
Baca juga: Maksud Gred/Kod Jawatan KP, N, DG, DH & Lain-lain Di Jawatan Dalam Perkhidmatan Awam
Penggelaran gred jawatan dan gred gaji dipinda menggunakan angka 1 hingga 54 berasaskan kriteria kelayakan masuk dan bilangan gred kenaikan pangkat dalam setiap skim perkhidmatan.
Baca juga: “Ada Ijazah, Kenapa Mohon Jawatan Gred 29?” Ini Contoh Jawapan Lengkap Yang Anda Boleh Tiru
Angka 1 hingga 54 digunapakai untuk menentukan penggelaran gred jawatan dan gred gaji seperti berikut:
- Bermula dengan angka 1 untuk gred yang rendah sekali dan diikuti dengan angka yang lebih besar untuk gred yang lebih tinggi
- Angka ganjil untuk gred lantikan
- Angka genap untuk gred kenaikan pangkat
Semoga bermanfaat!
Baca juga: 12 Kelebihan Bekerja Dalam Perkhidmatan Awam Yang Ramai Terkejar-kejar