Kerja 6 Hari Seminggu Masih Normal? Ini Cara Jawab Soalan Temuduga Yang Ramai Calon Tersalah Jawab •Waktu Terbaik Mohon Kerja Tahun 2026: Ramai Tak Sedar Timing Resume Boleh Pengaruhi Peluang Dipanggil Interview •Resume Bahasa Inggeris Kini Jadi Keperluan? Ini Waktu Terbaik Hantar Resume Untuk Mohon Kerja Tahun 2026 •Suka Kucing? Ini Cara Jadikan Minat Anda Sebagai Kerjaya Dan Sumber Pendapatan Di Malaysia •Jumpa IC Orang Jangan Terus Upload Di Facebook, Ini Risiko Yang Ramai Tak Sedar • Kerja 6 Hari Seminggu Masih Normal? Ini Cara Jawab Soalan Temuduga Yang Ramai Calon Tersalah Jawab •Waktu Terbaik Mohon Kerja Tahun 2026: Ramai Tak Sedar Timing Resume Boleh Pengaruhi Peluang Dipanggil Interview •Resume Bahasa Inggeris Kini Jadi Keperluan? Ini Waktu Terbaik Hantar Resume Untuk Mohon Kerja Tahun 2026 •Suka Kucing? Ini Cara Jadikan Minat Anda Sebagai Kerjaya Dan Sumber Pendapatan Di Malaysia •Jumpa IC Orang Jangan Terus Upload Di Facebook, Ini Risiko Yang Ramai Tak Sedar •

Kad Kesihatan Viral Klorin Dioksida Tak Boleh Cegah Covid-19, Jangan Kena Scam. Ini Sebabnya

Oleh Cikgu Shaari • March 31, 2020 • 2 min baca

Kad Kesihatan Viral Klorin Dioksida Tak Boleh Cegah Covid-19, Jangan Kena Scam. Ini Sebabnya
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Baru-baru ini telah viral tentang kad kesihatan yang mengandungi klorin dioksida boleh cegah COVID-19. Ternyata penularan mengenai kesan kad kesihatan itu adalah salah.

Pusat Racun Negara telah sahkan bahawa tiada kesan pembasmian kuman atau virus yang berlaku apabila seseorang itu menggantung kad kesihatan (health tag) yang mengandungi bahan kimia klorin dioksida (chlorine dioxide).

KENYATAAN OLEH PUSAT RACUN NEGARA

Melalui laman Facebook Pusat Racun Negara, mereka menyatakan bahawa gas yang dibebaskan adalah sangat rendah atau tidak dapat dikesan langsung untuk mencegah jangkitan kuman atau virus sedia ada, apatah lagi COVID-19.

Chlorine Dioxide merupakan gas yang bersifat merengsa terutama kepada saluran pernafasan bergantung kepada kuantiti dan kepekatan gas yang terdedah.

“Apa yang lebih dibimbangi adalah kepercayaan pengguna terhadap produk ini akan menyebabkan mereka merasakan selamat dan dilindungi daripada jangkitan.

“Akibatnya pemakai mungkin akan bersikap kurang berhati-hati dan tidak mengamalkan kaedah pencegahan yang terbukti berkesan seperti kerap membasuh tangan dan penjarakan sosial,” tulis agensi itu.

Memang logiklah seperti yang dinyatakan ini. Kita sebagai manusia jika difahamkan sesuatu itu dapat mencegah COVID-19 pasti terpusu-pusu membelinya dan merasa diri sudah selamat apabila memakainya.

Kad Kesihatan Viral Klorin Dioksida Tak Boleh Cegah Covid-19, Jangan Kena Scam

Jelas agensi itu lagi, ia adalah hasil kajian khusus tentang keberkesanan produk seumpama itu yang telah dijalankan dan diterbitkan melalui artikel “Hidekazu NISHIMURA, Investigation on Practical Usefulness of Body-worn Devices that Claim to Release Chlorine Dioxide” oleh Japanese Journal of Environmental Infections 32(4):222-226 pada Julai 2017.

Kad kesihatan itu menjadi tular dan laris penjualannya melalui atas talian kononnya bertindak mencegah jangkitan virus dan bakteria melalui pembebasan gas Chlorine Dioxide di sekitar pemakainya.

Sebelum ini tular isu penggunaan herba daun semambu untuk rawatan COVID 19.

Pakar Epidemiologi, Prof Datuk Dr Awang Bulgiba berkata rawatan dengan daun semambu pernah diuji untuk penyakit lain, bukan COVID-19, namun didapati tidak berkesan.

Semoga perkongsian ini dapat membuka mata semua orang supaya tidak mudah percaya dengan perkara yang tidak ada kesahihannya. Pastikan ada sumber yang sah baru boleh percaya sesuatu perkara itu. Semoga bermanfaat!

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.